KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menarik nafas lega dan meningkatkan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa terhadap badan induk itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata dakwaan-dakwaan itu yang berpunca dari penyebaran 'surat layang' pada hujung Mac lepas amat membebankan FAM.
Beliau berkata situasi itu membuatkan FAM seolah-olah 'lumpuh' hampir dua bulan.
"Perkara (surat layang) itu memang amat membebankan kita (FAM) sebab bila kita terima dari 31 Mac lepas, hampir dua bulan kita tak dapat nak buat apa-apa. Bila keadaan jadi lega dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) maklumkan NFA, kita amat bersyukur.
"Alhamdulillah segala apa yang kita buat telah diiktiraf, memang dari segi tadbir urus kita ikut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.
Noor Azman berkata FAM akan terus memandang ke hadapan antara lain untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan menyertai kejohanan antarabangsa.
"Bagi FAM kita nak maju ke hadapan, tak nak toleh ke belakang, banyak lagi yang kita hendak fikirkan, kita ada lagi dua perlawanan (Harimau Malaya), lepas itu U20 (Bawah 20 Tahun), U-17 (Bawah 17 Tahun), Piala AFF (Persekutuan Bolasepak ASEAN) dan banyak lagi," katanya.
Semalam, Jawatankuasa Integriti FAM memaklumkan SPRM telah menjalankan siasatan merangkumi dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian tender projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya bernilai RM25 juta dan isu tomahan penyalahgunaan wang bagi penganjuran Kongres FAM ke-60.
Pengerusi berkenaan Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata siasatan ke atas kedua-dua isu tersebut telah selesai dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya yang berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM dan memutuskan kes diklasifikasikan sebagai NFA.
Pada hujung Mac lepas, tular di media sosial 'surat layang' dalam bentuk e-mel yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM.
Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu melibatkan skuad Harimau Malaya dan projek NTC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Noor Azman berkata FAM akan terus memandang ke hadapan antara lain untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan menyertai kejohanan antarabangsa. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Prestasi pengurusan pasukan, pemain Harimau Malaya tidak berdaya saing - Pekan Ramli
Prestasi pengurusan dan para pemain skuad bola sepak kebangsaan disifatkan lemah dan tidak berdaya saing, ekoran kekalahan 0-4 kepada New Zealand pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.

FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.

Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.

FAM umum senarai akhir 23 pemain ke Kejuaraan B-16 ASEAN di Surakarta
FAM dalam kenyataan memaklumkan skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu akan berlepas ke Surakarta, esok.

FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.