KUALA LUMPUR: Cabaran skuad skuasy negara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 (MOSC) berakhir selepas pemain perseorangan wanita negara Rachel Arnold tumpas di tangan Nele Gilis dari Belgium dengan 3-2 dalam saingan separuh akhir pada Jumaat.
Dalam kejohanan di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, pemain pilihan kelapan Rachel bermula dengan persembahan yang baik apabila meraih kemenangan 12-10, sebelum pemain pilihan kedua Gilis pula memenangi dua set berikutnya dengan 11-0, 11-9.
Pemain nombor 26 dunia Rachel kembali menyerlah dalam set ketiga dengan kemenangan 11-7, namun akhirnya tewas di set berikutnya di tangan pemain pilihan ke-14 itu.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Rachel, 26, berkata beliau kini akan mengalih tumpuan kepada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) di Kaherah, Mesir yang dijadualkan 10 hingga 16 Dis ini.
Katanya beliau akan berusaha untuk memasuki senarai 20 ranking terbaik dunia tahun depan, di samping menjuarai lebih banyak kejohanan, selepas melakar kejayaan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan meraih pingat gangsa dalam kategori beregu wanita bersama pasangannya Aifa Azman.
Dalam satu lagi saingan separuh akhir pemain pilihan pertama dari Amerika Syarikat Olivia Fiechter menewaskan pemain pilihan ketiga dari Wales, Tesni Evans dengan 7-11, 11-7, 11-1, 11-7.
Sementara itu seorang lagi pilihan pertama dari Mesir Tarek Momen, menepati jangkaan ramai apabila beliau mara ke peringkat akhir, dan akan akan bertemu dengan rakan senegara Mazen Hesham, pilihan ketiga dalam kategori perseorangan lelaki, pada Sabtu.
Tarek mengambil masa hanya 27 minit untuk menewaskan pemain Switzerland Nicolas Mueller dengan 11-8, 11-6, 11-4, manakala Mazen menundukkan pemain pilihan kedua dari Wales, Joel Makin, dengan 11-7, 11-9, 11-13, 11-3.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Rachel berkata akan mengalih tumpuan kepada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) di Kaherah, Mesir yang dijadualkan 10 hingga 16 Dis ini. -Stadium Astro

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Cabaran Malaysia di MOSC berakhir selepas Rachel tumpas di separuh akhir
Cabaran skuad skuasy negara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 (MOSC) berakhir selepas pemain perseorangan wanita negara Rachel Arnold tumpas di tangan Nele Gilis dari Belgium.

Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.

Terbuka Malaysia: Aifa Azman, Eain Yow mara ke separuh akhir dengan bergaya
Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir.

Eain Yow, Rachel muncul cemerlang di Terbuka Malaysia
Bekas johan junior dunia, Ng Eain Yow menampilkan prestasi cemerlang menentang pemain no 28 dunia, Nicholas Mueller dari Switzerland, untuk merangkul juara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia ke-39 d

Wee Wern rangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia
Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.