Bekas johan junior dunia, Ng Eain Yow menampilkan prestasi cemerlang menentang pemain no 28 dunia, Nicholas Mueller dari Switzerland, untuk merangkul juara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia ke-39 di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, di sini hari ini.
Eain Yow, pemain pilihan keempat, mempamerkan salah satu prestasi terbaiknya di musim ini dengan meraih kemenangan sengit 11-7, 12-14, 11-9 dan 11-5 menentang pemain pilihan kedua Mueller dalam pertarungan memakan masa 55 minit di Nicol David Arena.
Eain Yow merupakan pemain ketiga Malaysia yang memenangi kejohanan itu selepas dua bekas pemain kebangsaan - Ong Beng Hee (2000 dan 2008), dan Mohd Azlan Iskandar (2004, 2007 dan 2010).
Terdahulu, pemain wanita kebangsaan, Rachel Arnold meraih kemenangan cemerlang 11-7, 11-13, 10-12, 11-8 dan 11-5 mengalahkan rakan sepasukan senior, Low Wee Wern di pertandingan akhir wanita yang berlangsung 61 minit.
Ini kemenangan ketiga Rachel di Professional Squash Association (PSA) Tour, setelah memenangi Malaysian Tour XI, sebanyak dua kali, masing-masing pada Dis 2015 dan Sept 2017.
Atas kejayaan itu, Eain Yow dan Rachel masing-masing membawa pulang US$30,000 dan US$20,000, pingat, serta trofi kejohanan.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, berkenan menyampaikan hadiah-hadiah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019

Aksi pemain skuasy negara Ng Eain Yow (kiri) bersama Rachel Arnold (kanan) menunjukkan piala Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2019 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Cabaran Malaysia di MOSC berakhir selepas Rachel tumpas di separuh akhir
Cabaran skuad skuasy negara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 (MOSC) berakhir selepas pemain perseorangan wanita negara Rachel Arnold tumpas di tangan Nele Gilis dari Belgium.

Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.

Terbuka Malaysia: Aifa Azman, Eain Yow mara ke separuh akhir dengan bergaya
Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir.

Eain Yow, Rachel muncul cemerlang di Terbuka Malaysia
Bekas johan junior dunia, Ng Eain Yow menampilkan prestasi cemerlang menentang pemain no 28 dunia, Nicholas Mueller dari Switzerland, untuk merangkul juara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia ke-39 d

Wee Wern rangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia
Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.