KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil keputusan membatalkan kesemua kejohanan yang mendapat pengiktirafannya di Rusia dan Belarus sehingga diberitahu kelak berikutan operasi khas tentera Rusia di Ukraine.
Badan dunia itu menerusi satu kenyataan juga mengumumkan bendera Rusia dan Belarus tidak akan dikibarkan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara itu tidak akan dimainkan di mana-mana kejohanan yang diiktiraf BWF.
"BWF akan menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan keprihatinannya kepada Persatuan Badminton Ukraine dan akan menyelaraskan sokongan khas kepada komuniti badminton Ukraine di mana mungkin.
BWF akan terus memantau keadaan dengan rapi dan secara proaktif memberikan nasihat kepada rakan pergerakan sukan antarabangsa kami untuk membincangkan pilihan lain untuk mengukuhkan potensi langkah yang akan diambil terhadap Kerajaan Rusia dan Belarus, menurut kenyataan itu.
Badan pentadbir badminton dunia itu mengeluarkan kenyataan ini selepas Mesyuarat Majlis BWF yang mengutuk serangan tentera Rusia ke atas Ukraine dan menzahirkan kebimbangannya ke atas orang awam yang terkesan akibat konflik itu.
Menurut kenyataan itu BWF amat mempercayai bahawa sebarang konflik seharusnya diselesaikan tanpa menggunakan sebarang kekerasan dan menzahirkan kepercayaan dalam sumbangan pergerakan sukan kepada keamanan dan perpaduan antara insan.
"BWF menyokong sepenuhnya kenyataan umum Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan menzahirkan kekecewaaan dan mengutuk sekeras-kerasnya pelanggaran "Olympic Truce" Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Rusia dan Belarus.
BWF berdiri teguh bersama keseluruhan pergerakan sukan antarabangsa untuk menggesa semua pihak supaya menghentikan keganasan dan mengekalkan keamanan," kata BWF.
Serangan Rusia ke atas Ukraine memasuki hari kelima selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan campur tangan ketenteraan Khamis lepas, beberapa hari selepas mengiktiraf dua wilayah dikuasai pemisah di timur Ukraine.
Campur tangan Rusia itu mendapat reaksi negatif daripada masyarakat antarabangsa dengan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Kremlin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
![BWF batalkan kejohanan di Rusia, Belarus BWF batalkan kejohanan di Rusia, Belarus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620854063_BWF.jpg)
BWF mengambil keputusan membatalkan kesemua kejohanan yang mendapat pengiktirafannya di Rusia dan Belarus sehingga diberitahu kelak berikutan operasi khas tentera Rusia di Ukraine.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024 Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710312222_TBLeeZiiJiajpg.jpg)
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
![Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667374558_TBKLetshana.jpg)
Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan.
![Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694237694_tangjieeewei.jpg)
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
![Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024 Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684858180_AaronChiadanSohW.jpg)
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
![BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703924569_KennyGohBAM.jpg)
BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.
![Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702693997_TBJelajahDuniaAkhi.jpg)
Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir
Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menduduki tangga tercorot Kumpulan A di belakang tiga lagi beregu.
![Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702309152_AaronChiaSohWooi.jpg)
Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China
Dua beregu negara dijangka berdepan tugas mencabar melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.
![Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026 Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700053171_BadmintonWorldFede.jpg)
Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026
Final Jelajah Dunia BWF kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta.
![Lee Zii Jia kembali hampiri kelompok 10 terbaik dunia, Tze Yong naik dua anak tangga Lee Zii Jia kembali hampiri kelompok 10 terbaik dunia, Tze Yong naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697561165_leeziijia.jpg)
Lee Zii Jia kembali hampiri kelompok 10 terbaik dunia, Tze Yong naik dua anak tangga
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, kini kembali menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila menduduki tangga ke-11 dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
![Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694480147_TBberegubadminton.jpg)
Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.