'KISAH DONGENG' Nor Farah Ain Abdullah menemui penutup yang indah selepas dia berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada Farah Ain dalam satu hantaran di laman Facebook peribadinya pagi tadi.
Farah menumbangkan naib juara Kejohanan Dunia Gold Coast tahun lalu, Connie Rixon dari Malta dengan keputusan 6-2 dan 6-3.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada jurulatih (Zuraidi Puteh) yang sentiasa berada di belakang, sokong saya dan juga Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dengan memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa pulang emas," kata Farah.
"Saya bukan lagi jaguh kampung, saya telah buktikan, demi Malaysia," tambahnya lagi.
Namun rakan seperjuangan, Izzat Shameer Dzulkeple terpaksa menelan pahit tewas pada pentas final kepada wakil tuan rumah, Jason Greenslade.
Meskipun kecundang, Izzat pilih untuk mentafsirkan kekecewaannya itu dari sudut positif, iaitu selepas tiga percubaan secara peribadi dia akhirnya berjaya membutirkan pingat perak di kejohanan tersebut.
"Syukur kami dapat bawa pulang tiga pingat dalam kesemua kategori, dan selepas tiga percubaan akhirnya saya dapat membawa pulang pingat, dan tahniah kepada Farah atas pingat emas dalam acaranya," jelas Izzat Shameer.
Malaysia turut tidak terlepas peluang meraih pingat dalam satu lagi acara yang dipertandingkan iaitu kategori berpasangan campuran.
Izzat dan Farah bergandingan untuk merangkul pingat gangsa selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada atlet dari Australia, Ray Pearse dan Samantha Atkinson yang kemudiannya muncul sebagai juara bagi kategori tersebut.
Dengan pencapaian tersebut, Malaysia muncul sebagai negara terbaik di kejohanan itu dan merupakan satu-satunya negara yang membawa pulang tiga kilauan pingat.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Apr 28 2024

Farah menumbangkan naib juara Kejohanan Dunia Gold Coast tahun lalu, Connie Rixon dari Malta dengan keputusan 6-2 dan 6-3. - Stadium Astro

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.

Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.

Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.