Kecederaan siku yang melanda penyerang Kelantan, Austin Amutu dilaporkan tidak begitu serius selepas ditimpa malang semasa pertemuan dengan pasukan PDRM malam tadi.

Bekas tonggak Nigeria bawah-23 tahun itu sudah menjalani ujian imbasan di mana tahap kecederaanya tidak perlu ditahan di hospital.

Amutu yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-4 dalam kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam, bagaimanapun terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan itu pada separuh masa pertama.