ADAKAH anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi pengurus terhebat dalam Ultimate Liga Super Fantasy?

Liga fantasi sulung liga bola sepak tempatan kita, Liga Super, telah pun bermula bagi saingan musim 2024/25.

Dengan pembukaan musim sudah pun tiba, anda boleh membina pasukan impian anda dalam Ultimate Liga Super Fantasy dan berpeluang untuk merebut wang tunai bernilai RM45,000.​

Cara untuk menyertai:

1. Daftar secara percuma

Anda boleh log masuk atau daftar secara PERCUMA Ultimate Liga Super Fantasy di sini: www.stadiumastro.com/fantasy/mfl 

2. Bina pasukan impian anda​

Anda akan diberikan Pek Kad Pemain pertama untuk mula membina skuad anda.

​3. Naik taraf dan Kumpul Kad Pemain

Selesaikan cabaran dalam permainan untuk mendapatkan akses kepada naik taraf kad dan kad pemain baru atau anda boleh membeli kad yang anda inginkan dengan serta-merta di kedai kad.

Hadiah:​

Hadiah keseluruhan bernilai RM45,000 untuk dimenangi dengan hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM10,000 menanti pemenang Ultimate Liga Super Fantasy.

Untuk maklumat terlanjut, klik di sini.

Ikuti kami di Facebook Astro Arena, di mana kami akan mengumumkan kemas kini dan pemenang.

Apa tunggu lagi? Sertai sekarang!