Padah menanti beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong apabila mereka terkandas pada suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Gimnasium Tianhe di sini, hari ini.
Pasangan nombor dua dunia dan pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur kepada kehebatan pilihan kelima dari Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang 15-21, 16-21 dan mereka perlu 'membayar harga yang tinggi' di atas kekalahan tersebut, selain mengakhiri cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki.
Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran kepada gandingan itu untuk layak ke final pada kejohanan itu atau akan dipisahkan berikutan prestasti mereka yang merudum sejak beberapa tahun lepas.
Pada pertemuan itu, segalanya tidak menjadi bagi beregu negara itu sebaliknya pasangan Korea Selatan itu lebih bertenaga dengan corak permainan pantas dan pertahanan yang kental untuk menempah tempat ke separuh akhir esok.
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu, Koo berkata mereka telah berusaha bersungguh-sungguh pada kejohanan itu dan terserah kepada kepimpinan BAM bagi menentukan nasib mereka.
"Memang saya masih mahu meneruskan gandingan ini tetapi terpulang kepada BAM di bawah presiden baharu (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff) untuk membuat keputusan (berhubung kedudukan kami).
"Kami memang bersedia untuk kejohanan ini dan sudah melakukan apa yang terbaik tetapi...(tewas di suku akhir)," katanya.
Koo turut kesal dengan sikap peminat tempatan yang sering mengkritik mereka apabila gagal mencapai keputusan yang cemerlang pada sesuatu pertandingan terutama membabitkan kejohanan besar sedangkan mereka telah berusaha sedaya upaya.
"Kalau boleh, saya rasa macam mahu bermain (menyertai kejohanan) di China sahaja...sama ada menang atau kalah mereka terus beri sokongan. Saya rasa kecewa, apabila kami meraih kejuaraan tidak ramai yang ucap tahniah tetapi bila kami kalah, ramai yang kritik," katanya.
Mengenai perlawanan itu, Koo mengakui bahawa pasangan Korea Selatan itu mempamerkan aksi mantap sehingga sering kali memerangkap mereka. Tan turut melahirkan rasa kecewa kerana gagal meneruskan kemaraan kerana mereka turut meletakkan sasaran tinggi pada kejohanan edisi kali ini.
"Tiada apa yang boleh saya katakan. Biar BAM yang tentukan nasib kami," katanya yang turut mengharapkan agar gandingannya bersama Koo dikekalkan.
Sementara itu, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her berkata beliau akan menyiapkan laporan berhubung prestasi kesemua beregu negara, termasuk gandingan Koo-Tan pada kejohanan itu untuk diserahkan kepada BAM.
"Mereka (Koo-Tan) sudah cuba sedaya upaya. Saya akan siapkan laporan dan terpulang kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (BAM) untuk membuat keputusan muktamad," katanya yang mengakui bahawa kedua-dua pemain berkenaan telah berusaha bersungguh-sungguh pada kejohanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
Dua lagi beregu negara - Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari serta Hoon Thien How/Tan Wee Kiong pula terkandas di pusingan ketiga semalam manakala Goh V Shem-Lim Khim Wah tersingkir di pusingan kedua.
Bernama
Fri Aug 09 2013
Tumpuan Sabtu – 16 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perak akur, terima pakai keputusan MKI GISB sesat
Kerajaan Perak menerima pakai keputusan MKI yang mengisytiharkan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa GISB sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
[TERKINI] Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada usia 78 tahun.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Imam tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau tidak sah
Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 Nov lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.
It's About YOUth: Envisioning the future of learning
What does the future of learning looks like? Will it tackle today’s education challenges? Edmond Yap Kok Onn, CEO of Tupai.ai, and Tay Tien Sing from Pemimpin GSL explore how technology and innovation can reshape the way we learn.
Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia
Pasukan MLBB mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.