Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Wakil Denmark itu ketinggalan dan cuba untuk meneruskan permainan sebelum memberikan isyarat ketika 11-7 kepada pengadil bahawa dia tidak lagi dapat meneruskan permainan.
Lanier yang berusia 19 tahun kecewa Axelsen tidak dapat meneruskan permainan.
“Saya turut bersedih dengan keadaan Axelsen. Saya melihat mukanya agak pucat. Saya mahu bermain badminton dengan sebaik mungkin berdepannya supaya dapat meningaktkan lagi kualiti permainan saya.
"Saya bersedia untuk bertarung. Penonton yang hadir juga mengharapkan perkara yang sama tetapi ini bukanlah cara saya mahu menang ke atas Axelsen.
“Dia memberitahu kepada saya dia tidak sihat selepas tamat perlawanan. Saya akan memberikan pesanan mesej kepadanya kerana saya mahu mengetahui perkembangannya,” kata pemain kelahiran Perancis itu.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com