Bekas pemain kebangsaan yang dipilih menjadi jurulatih kebangsaan perlu diberi pendedahan di peringkat lebih rendah bagi memantapkan pengalaman dan kemahiran, kata ketua jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek.
Beliau berkata mereka perlu diberi pendedahan seperti murid di sekolah sukan sebelum berkhidmat dengan skuad kebangsaan kerana pengalaman lalu akan memberi impak besar terhadap apa yang akan mereka berikan kepada pemain negara.
"Kalau bekas atlet kebangsaan ini tiba-tiba ada di atas (menjadi jurulatih), mereka nak kawal atlet kebangsaan ini untuk sesuatu teknik, nanti pemain itu akan rasa, dia (jurulatih) pun tak pernah menang...ini sebenarnya yang susah," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai bekas perseorangan badminton negara Muhammad Hafiz Hashim dijangka menyertai barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelang September ini.
Terdahulu, beliau berbuka puasa bersama anak yatim piatu anjuran Gifted Community dan Komuniti I love Manjung (KILM) di Syarikat Setia Awan Holdings Sdn Bhd di sini semalam.
Misbun merupakan duta bagi projek baharu syarikat perumahan tersebut di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), yang mana sebuah dewan diberi nama Dewan Badminton Datuk Dr Hj Misbun Sidek akan didirikan di bandar itu sebagai pusat bagi melahirkan pemain badminton baharu.
Mengulas mengenai kekalahan pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei pada pusingan kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia, Jumaat lalu, Misbun berkata beliau melihat kekalahan tersebut dari sudut positif dan tidak akan menganggu misi untuk memenangi Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos nanti.
"Chong Wei sebenarnya tidak tahu dia adalah sasaran utama dan mereka (pemain lain) tahu kelemahan dan corak permainan dia, jadi dia perlu sedar mengenai perkara itu. Mungkin dia juga keliru dengan corak permainan dia dengan jurulatih-jurulatih berbeza sebelum ini,"katanya.
Sehingga kini, Misbun menjangkakan usaha melahirkan pemain badminton kebangsaan setanding Chong Wei akan mengambil masa 10 ke 20 tahun lagi berikutan tiada pelapis negara yang mampu menandingi pemain berumur 34 tahun itu.
"Ini terjadi pada semua negara. Contohnya, Indonesia juga masih gagal mencari pengganti Taufik Hidayat, Thailand juga gagal mencari pengganti Boonsak Ponsana, manakala Denmark setidak-tidaknya Peter Gade digantikan Victor Axelsen.
"Perancangan jangka masa panjang sangat penting maka sebab itu apabila gabungan persatuan melihat pada pembangunan junior remaja, itu adalah amat penting, kalau tidak setakat itu sahaja," katanya yang bakal memulakan kariernya sebagai ketua jurulatih perseorangan negara semula, awal Julai nanti.
Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
Namun, beliau meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas 'sebab peribadi'.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017

Sehingga kini, Misbun (kanan) menjangkakan usaha melahirkan pemain badminton kebangsaan setanding Chong Wei (kiri) akan mengambil masa 10 ke 20 tahun lagi berikutan tiada pelapis negara yang mampu menandingi pemain berumur 34 tahun itu. - Gambar fail
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.