PERLAWANAN Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Djibril Cisse terlebih dahulu meletakkan The Reds di hadapan pada minit ke-15 sebelum pemain kegemaran ramai, Dimitar Berbatov, pantas kembali menyamakan kedudukan selepas menewaskan bekas penjaga gawang England, David James.
Sebelum tamat separuh masa pertama, The Red Devils berjaya mendahului jaringan dengan dua gol sebelum menuju ke bilik persalinan.
Kesilapan pertahanan Manchester United sekali lagi dihukum apabila menghadiahkan dua sepakan penalti dalam tempoh yang singkat.
Bekas pemain kebangsaan Ireland, Phil Babb, mudah menyempurnakan jaringan keempat hasil serangan balas yang dilakukan oleh pasukan Liverpool pada minit ke-76.
Walaupun bermain dalam keadaan hujan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sangat memukau sekali gus menggamit memori buat penyokong yang hadir apabila dapat menyaksikan legenda-legenda ini kembali beraksi setelah sekian lama. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Apr 27 2024

Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Prestasi S&P 500: Sehingga 20 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Wall Street melonjak selepas Fed kekalkan kadar faedah
Wall Street melonjak selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, sambil memberi isyarat kemungkinan pemotongan kadar tahun ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi. Pelabur menilai pendirian Fed bersama dasar tarif Presiden Trump yang boleh mempengaruhi inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Indeks S&P 500, Nasdaq, dan Dow ditutup lebih tinggi dengan jangkaan pemotongan kadar dalam beberapa bulan akan datang.

Ismail Sabri hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk hari kelima
Bekas Perdana Menteri itu tiba dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring.
AWANI Ringkas: Isu bina masjid di Jalan Masjid India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fed kekal berhati-hati di tengah ketidaktentuan tarif
Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan memberi isyarat pemotongan sebanyak 0.5% menjelang akhir tahun. Namun, Pengerusi Fed, Jerome Powell, menegaskan bahawa keputusan selanjutnya bergantung kepada kejelasan dasar pentadbiran Trump. Fed turut menyemak unjuran inflasi kepada 2.7% dan menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi kepada 1.7%. Saham AS meningkat susulan kenyataan ini, manakala pedagang melihat kemungkinan besar pemotongan kadar bermula Jun.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 20 Mac 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 20 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
APHM tolak beku kos hospital swasta: Apa implikasinya?
APHM menolak cadangan pembekuan kos hospital swasta selama tiga tahun! Apa maksudnya untuk masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia? Dengan kos operasi yang terus meningkat, APHM mencadangkan pendekatan baru untuk mengawal inflasi perubatan sambil memastikan ubat-ubatan kekal mampu milik dan inovasi terus berkembang. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana ini boleh mempengaruhi anda dan keluarga anda!
Ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura 2025 kekal pada 2.6%: Tinjauan MAS
Ekonomi Singapura dijangka tumbuh sebanyak 2.6% pada tahun 2025, menurut tinjauan terbaru oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS). Walaupun lebih rendah daripada pertumbuhan 4.4% tahun lalu, ramalan ini mencerminkan cabaran seperti ketegangan geopolitik dan inflasi yang meningkat. Namun, pertumbuhan yang lebih kukuh di China dan kitaran teknologi yang berterusan boleh menjadi faktor positif. Ketahui lebih lanjut tentang ramalan ekonomi ini dan apa yang diharapkan pada tahun 2025.

Polis Pahang keluar lebih 200 permit jual mercun, bunga api sempena Aidilfitri
Yahaya menjangkakan permohonan permit jualan bahan berkenaan akan meningkat pada minggu terakhir Ramadan.

Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.