PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak hanya memfokuskan terhadap aspek individu dalam proses menentukan ketua jurulatih baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata proses yang diterajui Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell itu juga memberi penekanan dari segi keseluruhan barisan kejurulatihan sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini.
Menurutnya beliau yakin ketua jurulatih baharu dan barisan teknikalnya yang bakal dilantik mampu menjayakan usaha meningkatkan mutu prestasi pasukan muda negara untuk menjamin kesinambungan pemain berkualiti dalam skuad kebangsaan.
"Setelah berbincang dengan pasukan negara, bahagian teknikal dan exco kita sudah hampir kenal pasti bukan sahaja individu tetapi kami mahukan staf yang baik, sekali. Pengarah Teknikal tengah dalam proses memuktamadkan, hampir 70 hingga 80 peratus," katanya pada sidang media Kongres FAM Ke-58 di sini, hari ini.
Beliau berkata apa yang bakal diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini adalah keputusan yang dibuat untuk kepentingan bola sepak negara dengan skuad B-23 berdepan jadual pertandingan yang padat tahun depan.
Katanya FAM mahukan Skuad B-23 dan pasukan senior mempunyai hubungan kerjasama yang bagus, sehaluan dan berkongsi ideologi sama.
Justeru, beliau berkata pandangan dan input dari Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kim Pan Gon turut diambil kira dalam menentukan barisan kejurulatihan skuad B-23.
"Baik. Input dia (Pan Gon) amat baik ... sudah tentu dia main peranan yang besar," katanya.
Jun lepas, Hamidin mendedahkan skuad B-23 bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Pan Gon,
Sebulan kemudian, FAM mencapai kata putus untuk melepaskan bekas Ketua Jurulatih skuad B-23 Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Hamidin berkata proses yang diterajui Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell itu juga memberi penekanan dari segi keseluruhan barisan kejurulatihan sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara hitung tiket naib juara
Malaysia perlu bergantung kepada keputusan kumpulan lain untuk menempatkan diri dalam kelompok empat naib juara terbaik bagi melayakkan diri.

Barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 cerminan Harimau Malaya
Keseluruhan barisan kejurulatihan skuad B-23 sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini.

B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.

Masalah peribadi, Wan Kuzri mungkin terlepas peluang wakili pasukan B-23 negara di Kemboja
Wan Kuzri akan terlepas peluang menyertai kejohanan di Kemboja itu selepas pemain itu masih tidak dapat menyelesaikan masalah peribadinya di Amerika Syarikat.

Vietnam 2021: FAM tidak letak sasaran tinggi - Kim Swee
Sukan SEA Vietnam 2021 bukan medan menebus kehampaan skuad bola sepak negara di Filipina dua tahun lalu.

Shahrul Saad mahu slot kesebelasan utama
Shahrul tekad membalas kepercayaan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, terhadapnya dalam perebutan tempat ke Piala Suzuki AFF bulan depan.

Aksi berdepan Myanmar penting sebelum hadapi Timor Leste - Kim Swee
Malaysia dan Timor Leste akan berentap pada perlawanan kalah mati itu pada 2 dan 7 Jun ini, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kim Swee puas hati prestasi skuad Harimau Malaysia tentang Arab Saudi
Ketua jurulatih skuad kebangsaan berkata, Arab Saudi menguasai permainan tetapi pemain negara mempamerkan prestasi yang baik dari segi pertahanan.