Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus kekal komited dalam memperkasakan sukan para negara bagi mencapai matlamat menjadi salah satu sukan penyumbang kilauan pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata meskipun tumpuan lebih terarah kepada sukan yang dipertandingkan di Olimpik, namun usaha memperkasakan arena sukan badminton para sudah menjadi antara fokus utamanya sejak menduduki kerusi nombor satu badan induk itu.
Katanya, satu jawatankuasa yang diketuai oleh pengurus pasukan badminton para negara, Dr Naharruddin Hashim telah ditubuhkan bagi merangka satu pelan tindakan sehingga 2020 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan Kuala Lumpur 2017 (KL2017) merupakan sebahagian daripada agenda dalam pelan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan skuad badminton para negara di Axiata Arena, Bukit Jalil yang merupakan venue bagi acara badminton Sukan Para ASEAN 2017 di sini, hari ini.
Norza seterusnya mengakui sebahagian atlet badminton para negara sudah mempunyai kualiti sebagai jaguh dunia, namun beberapa aspek masih perlu diberi penekanan untuk memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran negara di Paralimpik Tokyo 2020 itu nanti.
"Kita ada pemain yang berkualiti yang telah pun memenangi banyak kejohanan peringkat dunia, cuma kita nak gilap dan tentukan untuk mereka mendapat kemudahan fasiliti yang baik terutama dari segi sains sukan dan perkara ini akan kita titik beratkan dalam menentukan mereka bersiap sedia ke arah 2020," katanya.
Dalam pada itu, Norza berharap skuad negara mampu menepati sasaran meraih empat pingat emas dalam 13 acara yang dipertandingkan pada KL2017, sekali gus mengatasi jumlah dua emas yang diraih pada edisi 2015 di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2017
Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM terus kekal komited dalam memperkasakan sukan para negara bagi mencapai matlamat menjadi salah satu sukan penyumbang kilauan pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Bernama
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki nombor satu negara
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.