KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggesa Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu prestasi perseorangan negara yang dilihat tidak menyerlah sejak penghujung tahun lepas.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata aksi pemain perseorangan lelaki dan wanita semakin merudum selepas ABM dikendalikan secara profesional bermula November lepas.
"Memang skuad perseorangan tidak menyerlah (selepas BAM melepaskan ABM). Ahli majlis telah meluahkan kekecewaan semasa mesyuarat tadi terhadap jabatan perseorangan yang diketuai Choong Hann.
"Justeru, kita mahu Choong Hann menilai semula keadaan jabatan tersebut bagi melihat bagaimana untuk memastikan prestasi pemain-pemain boleh kembali meningkat.
"Jadi nanti dia (Choong Hann) kena beritahu kami apa tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung BAM ke-78 di ABM, Bukit Kiara, hari ini.
Sebelum ini, Mohamad Norza berkata BAM hanya menumpukan tugas-tugas sebagai badan induk badminton negara sementara ABM sebagai pusat prestasi tinggi akan diuruskan sepenuhnya oleh golongan profesional.
"Pada saingan 2022, kita ada memenangi BATC (Kejohanan Berpasukan Campuran Asia) pada Februari, selain skuad Piala Uber layak secara merit. Pada 28 Ogos pula, kita ada juara dunia menerusi Aaron-Soh Wooi Yik.
"Kemudian, kita juga muncul juara Terbuka Perancis menerusi beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah pada Oktober selain merangkul pingat emas berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham," katanya.
Sementara itu, Mohamad Norza mengesahkan Ahli Majlis BAM bersetuju untuk menerima peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM Michelle Chai, berkuat kuasa hari ini.
"Ahli majlis bersetuju untuk menerima keputusan yang dibuat berhubung peletakan jawatan Michelle. Bagaimanapun, beliau akan membantu pengurusan bagi mencari calon terbaik untuk jawatan CEO itu.
"Michelle sudah buat tugas yang baik sejak memegang jawatan tersebut namun CEO selepas ini perlulah memiliki latar belakang dalam sukan badminton serta reputasi besar yang boleh mengendalikan individu-individu berstatus legenda," ujarnya.
Selasa lepas (9 Mei) Michelle secara sukarela menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir pada pusingan suku akhir Sukan SEA yang kini berlangsung di Phnom Penh, selepas tewas 0-3 kepada pasukan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Mohamad Norza berkata aksi pemain perseorangan lelaki dan wanita semakin merudum selepas ABM dikendalikan secara profesional November lepas. - Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.