KEJAYAAN Jepun menggondol dua pingat emas dalam acara papan selaju di Olimpik menerusi Yuto Horigome dan Momiji Nishiya, bukan disebabkan pembangunan sukan itu di negara itu semata-mata, tetapi budaya papan selaju yang sudah lama wujud di negara itu turut menyumbang kepada kejayaan itu.
Amerika Syarikat (AS) mungkin mencipta pelbagai budaya subkultur di dunia ini, tetapi kita mesti akui, Jepun mengambil budaya itu dan menjadikan budaya itu lebih menarik lagi.
Sejak tamat Perang Dunia kedua lagi, Jepun telah meniru kebanyakan budaya AS termasuk muzik, fesyen, riadah dan juga francais makanan segera.
Skateboarding atau papan selaju, sudah bertapak di Jepun sejak 1970-an lagi, era yang sama ketika permainan papan selaju mula dicipta di jalanan California, AS untuk mengisi lapang penggiat luncur ombak ketika air laut surut.
Mengikuti perkembangan skateboarding sejak awal 90-an, saya tidak hairan jika Jepun dapat mengatasi AS dan Eropah dalam sukan itu kerana skil yang mereka milki setanding pemain profesional di dua benua itu.
Malah, untuk menjadi seorang skateboarder di Jepun lebih mencabar kerana ruang untuk mereka bermain lebih sempit, memaksa mereka menggunakan kreativiti dan mencipta benda baharu dalam skateboarding.
Selain itu, budaya Jepun yang mengajar anak-anak mereka sejak kecil untuk menghormati peraturan dan bersopan santun, menghadirkan cabaran besar buat skateboarder, yang terkenal dengan sifat memberontak, tidak menghormati peraturan dan sering bermain di tempat yang dilarang.
Kehadiran pemain papan selaju di jalanan tidak diterima dengan baik oleh masyarakat Jepun.
Kegiatan mereka di taman-taman awam tidak diterima dengan baik dan sering dihalang oleh polis atau pengawal keselamatan sejak awal 80-an lagi.
Berdasarkan dokumentari khas Grosso Forever: Loveletter To Japan, populariti skateboarding di Jepun bermula dengan seorang skater Tokyo, Hironori Akiyama pada pertengahan 1970-an.
Hironori menjelajah 11,000 kilometer ke AS untuk menyertai pertandingan papan selaju gaya bebas di sana dan menjadi pemain Jepun pertama mendapat tajaan jenama yang berpangkalan di negara itu.
Hironori ke AS bukan sekadar menyertai pertandingan.
Pada usia 18 tahun, dia ke negara Uncle Sam itu untuk menimba ilmu dan pengalaman dan pulang ke Jepun untuk mengembangkan lagi budaya skateboarding cara orang California dengan membuka kelas skateboarding di Tokyo.
Seorang lagi nama yang disebut mempengaruhi budaya papan selaju AS ialah Nisi aka ‘Devil Man’.
Karakter Nisi bertentangan dengan Hironori terkenal sebagai pemain selaju yang menang kejohanan.
Nisi lebih melawan arus dan bersifat artistik.
Nisi bukan saja bermain skateboard, dia juga menerbitkan majalah papan selaju berjudul Ollie pada era 80-an dan merupakan penulis dan juga jurugambar untuk majalah itu.
Ollie merupakan majalah yang berpengaruh di Jepun.
Selain itu, perintis kepada pembangunan budaya street skateboarding di Jepun turut dipengaruhi kumpulan yang dikenali Tokyo Skates yang bermula sekitar 1980-an oleh Hiroshi Otaki, Akira Ozawa, Tatsuya Mino dan Yoshihito ‘Jesse’ Kawada.
Selain itu, Jepun turut melahirkan pemain profesional pertama, Mitsugu Toyoda. Mitsugu merupakan peluncur pertama dari Jepun yang menjadi pemain profesional untuk syarikat AS, Santa Cruz.
Takahiro Morita antara nama yang diangkat sebagai mencetuskan permainan selaju cara orang Jepun.
Morita membuat reka bentuk papan selaju yang pelik-pelik dan sentiasa merakam video bermain skateboard dengan skil yang tidak dimainkan oleh orang Barat pada pertengahan 90-an.
Selain itu, Junnosuke Yonesuka turut dianggap sebagai legenda street skateboarding di Jepun pada era 90-an.
Nama-nama yang disebut bukan pemenang kejohanan besar tetapi mereka mempengaruhi perkembangan budaya dan sukan papan selaju di Jepun.
Tidak salah kalau saya simpulkan, AS dan Jepun sama-sama terlibat dalam pembangunan budaya skateboarding.
Salah satu trick di udara yang popular adalah Japan Air.
Menurut salah seorang jurugambar popular papan selaju di Jepun, Yoshiro Higai, trick Japan Air dicipta oleh Philippe Mentone, seorang skater kacukan Perancis - Jepun.
Namun trick tersebut dipopularkan legenda papan selaju, Tony Hawk yang juga kerap berkunjung ke Jepun untuk melakukan demonstrasi bermain papan selaju.
Japan Air menjadi popular selepas ia dilakukan Hawk dalam satu pertandingan papan selaju yang popular pada era 80-an, di Del Mar yang dimuatkan dalam majalah Transworld Skateboarding.
Tak cukup dengan Japan Air, ada pula trick di udara yang dikenali sebagai Judo Air, salah satu seni mempertahankan diri dari Jepun.
Pada lewat 80-an, kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa mula dianjurkan di Jepun di bawah Persatuan Papan Selaju Seluruh Jepun (AJSA) yang diasaskan oleh Hironori.
Bukan setakat kejohanan, pada masa itu, Tokyo Skates sudahpun membuat papan selaju mereka sendiri, sebelum negara-negara lain mula melakukannya.
Bukan setakat melahirkan pemain papan selaju yang hebat, jenama papan selaju AS turut memilih Jepun sebagai lokasi untuk mengembangkan lagi jenama mereka.
Jenama popular skateboarding Supreme, membuka cawangan pertamanya di luar New York di Jepun, sebelum melebarkan sayap mereka dalam negara sendiri.
Malah, produk Supreme dari Jepun menjadi kegilaan pengumpul koleksi jenama Supreme.
Pasaran di Jepun dilihat amat penting kerana terdapat enam cawangan Supreme di Jepun ketika ini, manakala hanya empat cawangan terdapat di AS, diikuti setiap satu kedai dibuka di London, Milan dan Paris.
Jadi kalau tradisi, budaya dan cara permainannya sama saja dengan AS dan Eropah, bagaimana Jepun boleh memenangi emas skateboarding?
Seperti yang dikatakan pada awal artikel ini, Jepun sentiasa menjadikan budaya yang dibawa ke negara itu dan menjadikannya lebih ke hadapan dan dalam kes skateboarding ini, ia menambah baik strategi untuk menang dalam pertandingan.
Apa yang dilakukan Yuto tidak dilakukan oleh AS mahupun sesetengah atlet Brazil.
Setiap kali selesai satu cubaan dalam saingan Best Trick, Yuto mengadakan perbincangan dengan jurulatihnya mengenai strategi seterusnya dalam usaha menambah kutipan pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.
Bukan sekadar berbincang, mereka melakukan pelbagai kiraan dan seperti digambarkan Jenkem Magazine, strategi mereka ‘super calculated’.
Mereka melakukan perkiraan untuk setiap trick yang dilakukan pesaing mereka, sebelum membuat trick yang mampu memberi kemenangan kepada Yuto.
Trick-trick tersebut sudahpun disenaraikan oleh pasukan skateboarding Jepun, satu yang tidak dilakukan pesaing terhebatnya, Nyjah Huston yang juga peserta pilihan di Olimpik.
Ketika Huston sibuk untuk melakukan satu trick yang mungkin sukar untuk disempurnakan dalam lima cubaan yang ada dalam saingan Best Trick, Yuto berjaya menyempurnakan empat daripada lima cubaan yang berjaya mengutip lebih daripada sembilan mata untuk mengatasi peserta-peserta lain.
Malaysia mempunyai perjalanan yang agak jauh untuk melihat kejayaan pertama dalam acara skateboarding di Olimpik.
Kita masih belum berjaya membudayakan sukan dalam kehidupan seharian kita dan tidak ramai yang boleh mempengaruhi penyebaran budaya papan selaju di negara ini.
Apabila kita berjaya membudayakan skateboarding dalam kehidupan kita, baru kita boleh melihat secara teknikal bagaimana untuk menang, seperti yang dilakukan oleh Yuto dan kontinjen skateboarding Jepun.
Ian Johan Ariff
Sat Jul 31 2021
Strategi Yuto Horigome untuk menang adalah 'super calculated'. Gambar @atibaphoto / @worldskatesb
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Potensi besar, anak muda berbakat mahu sukan papan selaju diangkat
Sukan papan selaju mempunyai peluang yang cukup besar untuk dikembangkan khasnya dalam kalangan anak muda yang memilih ia sebagai hobi.
Arina Rahman masih harapan pingat papan selaju Sukan SEA
Malaysia mampu membawa pulang pingat Sukan SEA acara papan selaju jika Arina terus konsisten.
Breakdance bakal dipertandingkan di Olimpik Paris 2024?
Selain breakdancing, Paris juga mahu papan selaju, luncur ombak dan sport climbing sebagai acara yang dipertandingkan pada 2024.
ACL tidak halang Aori bangkit untuk muncul juara dunia
Baru berusia 17 tahun, bintang papan selaju Jepun, Aori Nishimura bangkit semula daripada kecederaan lutut (ACL) untuk muncul juara dunia.
Wajarkah ada 'skate park' di tengah bandar?
Gelanggang papan selaju perlu dibina di tengah bandar untuk mengasah bakat tempatan dan promosi kepada pelancong. Persoalannya, wajarkah ia dibina di sekitar ibu negara?
Konflik siapa badan tadbir sukan papan selaju selesai
MESA bersetuju untuk bergabung dengan MYSKATE, sekali gus menyelesaikan konflik siapa berhak jadi badan induk sukan papan selaju di negara ini.