JAWATANKUASA Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 mahu sukan tarian, breakdancing, papan selaju, sport climbing, dan luncur ombak dipertandingkan pada temasya sukan itu.
Cadangan menyenaraikan acara tersebut akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hujung bulan depan (26-28 Mac).
Jika cadangan itu diterima, cadangan itu akan dibawa ke Persidangan IOC pada Jun 2019.
Papan selaju, luncur ombak dan sport climbing merupakan acara baharu yang akan dipertandingkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sejak badan tadbir papan selaju, World Skate menganjurkan kejohanan dunia pertamanya tahun lepas di China, kini lebih daripada 40 negara terlibat dalam pusingan kelayakan ke Olimpik itu.
Breakdancing, tarian hip-hop jalanan yang popular sejak era-70an di New York, turut dipertandingkan pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, dikendali oleh Persekutuan Tarian Sukan Dunia (WDF).
Ian Johan Ariff
Thu Feb 21 2019

Aksi atlet breakdance yang popular, Moy Rivas di kejohanan Red Bull BC One - Foto Instagram/@wdsfdancesport

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Breakdance bakal dipertandingkan di Olimpik Paris 2024?
Selain breakdancing, Paris juga mahu papan selaju, luncur ombak dan sport climbing sebagai acara yang dipertandingkan pada 2024.