IMBASAN pengimejan resonans magnetik (MRI) pada Isnin mendapati pemain badminton beregu campuran negara, Pearly Tan, tidak mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Berdasarkan laporan Nadi Arena, Pearly hanya mengalami kecederaan hamstring dan tendon lutut kiri, yang memaksanya dan pasangannya, M Thinaah, menarik diri dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun minggu lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun, dinasihatkan untuk berehat selama empat hingga enam minggu bagi menjalani proses pemulihan, sekali gus kelihatan akan terlepas Kejohanan Terbuka Denmark dan Perancis bulan depan.
Dalam satu temu bual Astro Arena, Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi, berkata: "Daripada pemeriksaan saya dan MRI, kami merumuskan bahawa, InsyaAllah tiada kecederaan yang serius, terutama melibatkan ACL.
"Dan meniskus juga Alhamdulillah baik tetapi kami akan memantaunya dalam waktu terdekat ini.
"Setakat ini, ia nampak positif dan tiada kecederaan serius.
"Cuma besar kemungkinan ada kecederaan otot di bahagian hamstring jadi kami akan memantaunya.
"Rawatan sepanjang dua minggu pertama amat penting dan dalam tempoh itu kami perlu melakukan rawatan awal," katanya. -- Stadium Astro
Astro Arena
Tue Sep 06 2022
Pearly dinasihatkan untuk berehat selama empat hingga enam minggu bagi menjalani proses pemulihan, sekali gus kelihatan akan terlepas Kejohanan Terbuka Denmark dan Perancis bulan depan. - Stadium Astro
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Pearly Tan-M Thinaah naib juara Terbuka Artik, semangat juang harus dipuji
Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan aksi dipamerkan pasangan beregu dari China.
Terbuka Korea: Pearly-Thinaah akhiri cabaran selaku naib juara
Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.
Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah menang mudah, mara ke suku akhir
Pearly-Thinaah menewaskan beregu Denmark, Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow untuk mara ke suku akhir Terbuka Jepun.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Badminton: Pearly mahu pastikan bebas daripada kecederaan tahun depan
Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.