KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek akan cuba memberi peluang lebih seimbang kepada anak buahnya dalam acara berpasukan pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia dari 7-16 Julai ini.
Misbun berkata prestasi hambar pemain muda negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol, Oktober lepas memberi pengalaman berguna kepadanya lebih-lebih lagi dalam aspek kebergantungan kepada pemain tertentu.
"Sewaktu Kejohanan Remaja Dunia kebanyakan pemain bagi acara berpasukan tak main acara individu, tapi kita pula gunakan Justin Hoh (perseorangan lelaki) untuk bermain kerana kita lawan negara yang lebih kuat dan main banyak pusingan. Jadi sewaktu masuk individu, ada pemain yang tak main acara berpasukan (telah) main individu dan kita terperangkap di situ.
"Kali ini kita siapkan pemain supaya mereka lebih bersedia, selain mahu seimbangkan lapisan pemain perseorangan agar mereka boleh bertukar ganti untuk mana-mana pertarungan (acara berpasukan)," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Daripada keseluruhan enam perlawanan acara berpasukan termasuk tiga aksi kumpulan di Kejohanan Remaja Dunia, Misbun menurunkan Justin sebanyak lima kali, manakala pemain perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman pula bermain empat kali.
Malaysia yang gagal ke suku akhir di Sepanyol selepas hanya meraih naib juara Kumpulan A di belakang musuh tradisi Indonesia, menamatkan acara berpasukan di tangga kesembilan menumpaskan Denmark, 4-1.
Lebih menyedihkan apabila buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi saingan individu pada kejohanan tersebut.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia pulang dengan tangan kosong selepas edisi 2019 di Kazan, Rusia.
Walaupun pemain dilihat sudah bersiap sedia menggalas tugas membawa cabaran negara di Indonesia, Misbun berharap skuad negara tidak memandang ringan cabaran dalam Kumpulan C terdiri daripada India, Bangladesh dan Hong Kong.
Legenda badminton negara itu yang berharap skuad kebangsaan mampu ke suku akhir, mengakui pihaknya tidak dapat membaca corak permainan pemain lain memandangkan kurangnya pertandingan di peringkat remaja.
Bekas jurulatih perseorangan negara berusia 63 tahun itu juga berharap pemain perseorangan lelaki, Eogene Ewe dan wakil perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi dapat menyerlah bagi saingan individu dalam kejohanan itu.
Kali terakhir Malaysia memenangi acara berpasukan di kejohanan tersebut ialah pada 2009 ketika menjadi tuan rumah, manakala pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao muncul wakil terakhir menjuarai acara individu pada edisi 2017 di Jakarta, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Misbun berkata prestasi hambar pemain muda negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol, Oktober lepas memberi pengalaman berguna kepadanya. - Gambar fail/BERNAMA
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
Paya Indah Wetlands diberi nafas baharu, mantapkan ekopelancongan di Selangor
Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa hingga 31 Julai 2037 dengan DWSB mengambil alih aspek operasi dan pengurusan PIW.
#AWANIRingkas 4 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Oktober 2024
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.
Paralimpik Paris 2024: Kontinjen negara tidak rela kibar bendera putih
Kontinjen negara seakan belum mahu menyerah kalah bagi menggapai misi sukar menepati sasaran empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.