Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dan atlet silat Siti Rahmah Mohamad Nasir dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2015/2016.
Azizulhasni yang memenangi gelaran itu buat lima kali berturut-turut diwakili ibunya Selamiah Yong, kerana sedang menjalani latihan di Australia.
Olahragawan dan olahragawati itu membawa pulang RM7,000, RM2,000 kepada persatuan yang diwakili, piala pusingan, piala iringan dan sijil kepujian.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada majlis yang berlangsuang di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, di sini, malam tadi.
Sementara itu, Muhammad Azizi Shamsuddin daripada sukan Muay Thai dan Nur Durriyah Damian (golf) masing-masing dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati harapan dan membawa pulang RM2,500, piala pusingan dan sijil kepujian.
Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim dan Siti Nor Athirah Mohd Anuar, kedua-duanya daripada sukan ping pong dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati Paralimpik.
Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik menjadi milik Terengganu Cycling Team (TSG) Le Tour De Langkawi 2016.
Mohd Azemi Awang Chik dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Sukan yang pertama kali diperkenalkan manakala Anugerah Pegawai Persatuan Terbaik dimenangi Ahmad Hisham Hassan daripada Persatuan Lawn Bowl Terengganu.
Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Datuk Sayed Abu Bakar Syed Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Terengganu atas sumbangan beliau sebagai ahli sukan, pemimpin dan pentadbir sukan.
Seterusnya, Allahyarham Rozimi Omar (jurulatih Mountain Bike), Allahyarham Hamzah Yunus (Persatuan Menembak Terengganu), Allahyarham Ab Malik Musa Dali (Persatuan Petanque Terengganu), Allahyarham Azmi Muhammad (Persatuan Bola Baling Terengganu), Mendiang Tan Chong Huat (Panel Jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu), masing-masing dipilih penerima Anugerah Jasamu Dikenang.
Anugerah Jurulatih Terbaik menjadi milik Marjan Abdullah@Mohd (judo) manakala Persatuan Lumba Basikal Terengganu memenangi Anugerah Persatuan Terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2017

Azizulhasni yang memenangi gelaran itu buat lima kali berturut-turut diwakili ibunya Selamiah Yong, kerana sedang menjalani latihan di Australia. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Azizulhasni, Siti Rahmah dinobat Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Terengganu
Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dan atlet silat Siti Rahmah Mohamad Nasir dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2015/2016.