Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi dikecewakan di laman sendiri selepas hanya meraih pingat perak acara pecut individu lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini, malam tadi.
Pelumba yang mendapat jolokan 'The Pocket Rocketman' itu yang turun dengan misi mempertahankan gelaran juara pecut Asia yang diraih pada edisi 2017, terpaksa akur dengan kepantasan seteru utamanya dari Jepun, Kazunari Watanabe.
Ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan, atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 29 tahun itu mengakui kecewa, namun menegaskan kekalahannya itu disebabkan faktor 'gear' lebih besar yang digunakan pelumba Jepun itu.
"Saya berasa hampa dengan kekalahan ini tetapi saya sudah melakukan yang terbaik dan mengikut segala strategi dirancang jurulatih, namun Kazunari mendapat sedikit kelebihan untuk memecut lebih pantas kerana menggunakan gear lebih besar," katanya.
Pingat gangsa acara itu menjadi milik pelumba Korea Selatan, Im Chaebin.
Mohd Azizulhasni sebelum ini, turut kempunan meraih pingat emas selepas sekadar memenangi gangsa dalam acara keirin pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, kekecewaan terlepas dua pingat emas itu sedikit terubat selepas beliau berjaya mencipta kejutan ketika turun beraksi pada pusingan kelayakan di sebelah pagi dengan merakam 9.774 saat untuk mencipta rekod baharu Asia.
Sementara itu, kem berbasikal negara boleh menarik nafas lega selepas satu pingat emas berjaya diraih pelumba remaja negara, Zulhemi Zainal dalam acara kejar-mengejar selepas mencatat 3:24.985s, menewaskan pencabarnya, Maxim Gridchin dari Kazakhstan untuk membawa pulang pingat perak sementara Hun Jang dari Korea Selatan memenangi gangsa.
Pada masa sama, seorang lagi pelumba remaja negara Alif Aiman Safuan meraih perak dalam acara pecut remaja lelaki selepas gagal menyaingi kehebatan pelumba dari India, Esow Esow yang meraih emas.
Sementara Andrey Chugay dari Kazakhstan membawa pulang pingat gangsa
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
Azizulhasni Awang gagal meraih pingat emas selepas tewas kepada Kazunari Watanabe pada pusingan akhir Pecut 200 Meter Lelaki Elit sempena ATC 2018 di Velodrom Nasional Nilai pada Isnin. --fotoBERNAMA
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
ATC: Hakim Danish bangkit ungguli perlumbaan sengit di Thailand
Muhammad Hakim kembali menerajui senarai kedudukan pelumba dengan mengumpul keseluruhan 117 mata.
Vaksin COVID-19: 'Terima kasih berjaya bawa pulang vaksin untuk rakyat' - Menara kawalan
Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 di negara ini pada Ahad membuka lembaran baharu dalam peperangan menentang COVID-19 sejak setahun lalu.
Pengorbanan Agung jadi inspirasi dunia
Nama Anthonius Gunawan Agung terus jadi bualan dan inspirasi seluruh Nusantara.
Azizulhasni raih perak acara pecut ATC 2018
Pelumba yang turun dengan misi mempertahankan gelaran juara pecut Asia yang diraih pada edisi 2017, terpaksa akur dengan kepantasan seteru utamanya dari Jepun, Kazunari Watanabe.
IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.
Tiada panggilan kecemasan daripada helikopter - Menteri Pengangkutan
Helikopter yang terhempas di Semenyih semalam tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.