KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan bersara dengan tenang sekiranya berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula Julai ini.
Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 36 tahun itu berkata menghadiahkan emas Olimpik sulung negara kepada seluruh rakyat Malaysia merupakan perancangannya di Paris.
Namun, juara dunia keirin 2017 itu tetap waspada dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapinya nanti termasuk taktikal yang luar biasa dan 'tidak masuk akal' daripada pelumba lain.
"Kalau menang emas sudah tentu itu hadiah untuk Malaysia dan semua, dan saya pun boleh bersara dengan senyum lebar, itulah perancangannya,
"Tetapi kita tak tahu apa yang akan berlaku, macam contoh di Tokyo saya berada dalam keadaan baik, suku akhir dan separuh akhir memang saya menang walaupun belum bagi 100 peratus tetapi bila di final walaupun saya yakin boleh menang, ada pula pelumba yang buat taktikal luar biasa," katanya.
Pemenang gangsa acara keirin pada edisi 2016 di Rio de Janeiro itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang ersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dan bekas Pengerusi yayasan Sime Darby (YSD) di kediamannya di Bukit Tunku di sini, pada Rabu.
Sebagai rekod, pada aksi final keirin di Tokyo Azizulhasni dilihat mempunyai peluang cerah untuk merangkul emas, namun percaturan pelumba Australia Matthew Glaetzer pada final keirin telah memberikan kelebihan buat pelumba Great Britain Jason Kenny untuk melakukan pecutan lebih awal.
Situasi itu sekali gus menafikan peluang Azizulhasni untuk merangkul emas biarpun dilihat memberikan segalanya untuk merapatkan jurang dengan Kenny yang akhirnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat.
Terdahulu, Azizulhasni dan dua lagi pelumba negara ke Paris iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri diraikan dalam majlis bersama Tun Musa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi YSD Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley serta wakil-wakil badan korporat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Azizulhasni berkata menghadiahkan emas Olimpik sulung negara kepada seluruh rakyat Malaysia merupakan perancangannya di Paris. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.