Pasukan atlet luncur ais lelaki negara yang meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mendakwa mereka tidak dapat mengulangi pencapaian tersebut selepas diusir daripada skuad negara oleh Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF).
Atlet-atlet berkenaan sebelum ini di bawah naungan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) dan selepas pendaftaran persatuan itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sukan pada Mei tahun lalu, Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) ditubuh dan diiktiraf pada Disember lalu sebagai badan induk baharu sukan berkenaan.
Pendaftaran ISAM dibatalkan selepas gagal mengemukakan laporan kewangan dari 2008 hingga 2017 kepada Pesuruhjaya Sukan.
Bagaimanapun, atlet negara di bawah ISAM sebelum ini 'terperangkap' apabila MISF menyingkirkan mereka daripada skuad negara tanpa alasan yang munasabah sehingga sesi latihan terpaksa dilakukan secara persendirian.
Salah seorang atlet negara, yang menjadi mangsa, Muhammad Ammer Iman Fadzil, mendakwa beliau dan rakan sepasukannya telah disingkirkan daripada skuad negara oleh MISF, sekali gus menutup peluang mereka untuk mempertahankan pingat emas di Filipina.
Pemenang emas acara 3,000m short track berpasukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu mendakwa tindakan itu adalah tidak adil dan Kementerian Belia dan Sukan terlepas perhatian terhadap masalah yang dihadapi mereka.
Menurutnya atlet berusia 17 tahun itu, krisis dengan MISF telah menjejaskan sesi latihan persendirian yang dilakukan oleh mereka dengan harapan dapat dipanggil balik mewakili negara.
"MISF memberi tekanan kepada kami... mereka mengusir kami daripada skuad negara dan menyatakan kami tidak boleh menyertai Sukan SEA tanpa memberi sebab," katanya.
Selain, Muhammad Ammer Iman, anggota pasukan itu dibarisi Khairil Ridhwan Khalil, Ariff Rasydan Fadzil, Hazim Syahmi Shahrum dan Wong De-vin.
Seorang lagi atlet negara, Chew Sze Chyi berharap krisis antara atlet ISAM dengan MISF dapat diselesaikan supaya beliau dapat memenuhi impian untuk beraksi di Filipina.
"Saya menjadi atlet simpanan pada Sukan SEA lalu dan berharap tahun ini dapat bertanding. Harap-harap semua isu dalaman dapat diselesaikan segara supaya boleh melakukan persiapan dengan lancar," katanya.
Sementara itu, bekas ketua jurulatih skuad Sukan SEA Kuala Lumpur, Tan Bee Leng berkata, agak, mustahil untuk Malaysia mengulangi pencapaian lima emas dan tiga gangsa pada temasya kali ini memandangkan hanya tinggal enam bulan sebelum temasya dwitahunan itu bermula.
"Saya fikir kita tidak begitu bersedia kali ini. Pada pandangan saya, kita hanya mampu mencapai tiga emas. Persediaan negara peserta lain sudah di tahap yang tinggi dengan kebanyakan mereka menghantar atlet ke Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk latihan tetapi kita masih belum melakukan persediaan seperti itu," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib mengesahkan pihaknya hanya berurusan dengan MISF termasuk soal pemilihan atlet ke Sukan SEA Filipina.
Beliau berkata pendaftaran ISAM telah dibatalkan dan MOM turut membatalkan pendaftaran persatuan itu sebagai ahli gabungan MOM.
Bagaimanapun, katanya, proses pemilihan atlet dilakukan oleh MOM, Majlis Sukan Negara. Institut Sukan Negara dan anggota bebas jawatankuasa pemilihan MOM.
"Buat masa ini, kami belum menerima sebarang aduan. Mereka yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan atlet ke Sukan SEA 2019, boleh mengemukakan aduan," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat May 11 2019
Menurutnya Muhammad Ammer, krisis dengan MISF telah menjejaskan sesi latihan persendirian yang dilakukan oleh mereka dengan harapan dapat dipanggil balik mewakili negara. - BERNAMA
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.