KUALA LUMPUR: Pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) mengakhiri musim sulung perlumbaan siri Asian Le Mans 2023/2024 dengan keputusan mengagumkan, menduduki tempat kedua dalam kejuaraan kategori GT, hanya dua mata di belakang juara keseluruhan iaitu Pure Racing.
JMR dalam kenyataan memaklumkan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love, menamatkan Perlumbaan 5 di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, semalam, di bekalang pasukan Leipert Motorsport Lamborghini Huracan dalam perlumbaan penuh aksi selama empat jam.
Tetapi penalti selepas perlumbaan kerana pelanggaran masa pemanduan, memberikan kelebihan kepada JMR Triple Eight untuk kemenangan berturut-turut di Abu Dhabi.
Perlumbaan 4 di litar sama pada 10 Feb, menyaksikan JMR merangkul kemenangan sulung dalam kategori mereka selepas mempamerkan pemanduan cekap dengan berjaya mengelak perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan.
Kemenangan itu menyaksikan persaingan semakin sengit apabila Triple Eight JMR ketinggalan hanya sembilan mata di belakang pasukan Pure Rxcing.
"Sudah tentu ia merupakan musim pertama yang menarik di Asian Le Mans, melebihi jangkaan Triple Eight JMR untuk melangkah ke perlumbaan Intercontinental GT Challenge 2024, yang merupakan perlumbaan endurance di trek ikonik seperti Bathurst (Australia), Spa Francorchamps (Belgium) dan Indianapolis (AS)," menurut kenyataan itu.
Menurut Tunku Abdul Rahman dalam kenyataan sama, pasukan telah mengambil langkah berani dan melebihi apa yang dijangkakan.
"Kita hanya sasarkan untuk berada dalam 10 terbaik, tetapi untuk memburu kejuaraan, saya rasa ia satu langkah sangat baik dan perkara positif untuk dilihat. Ia usaha hebat oleh semua yang terlibat, pelumba, pasukan dan kita nantikan apa yang akan berlaku seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024

Pasukan Triple Eight menamatkan Perlumbaan 5 di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, semalam, di bekalang pasukan Leipert Motorsport Lamborghini Huracan dalam perlumbaan penuh aksi selama empat jam. - FB JOHOR Racing

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Asian Le Mans: Triple Eight JMR raikan kejayaan musim pertama
Pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) mengakhiri musim sulung perlumbaan siri Asian Le Mans 2023/2024 dengan keputusan mengagumkan.

Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.

Tunku Panglima Johor raih kemenangan sulung siri perlumbaan Asian Le Mans
Tunku Abdul Rahman bersama pasukannya berjaya mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan tersebut.

Asian Le Mans: Pasukan Tunku Panglima Johor raih kemenangan sulung
Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama-sama Pasukan Triple Eight mencatat sejarah apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Lemans.