Atlet papan selaju Malaysia, Christina Lai Grace terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan sebelum final acara Park wanita Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.
Atlet muda berusia 13 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggul sebelum acara itu bermula di SkateBoard Stadium, Jakabaring Sports City di sini.
Christina terjatuh ketika sedang membuat latihan bersama-sama lima lagi peserta aksi final pada pagi ini, dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di gelanggang.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu kemudian diusung keluar dari gelanggang ke bilik perubatan di venue untuk pemeriksaan lanjut, sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans, sekali gus terlepas aksi final.
Timbalan Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia (Palembang), Datuk Dr SS Cheema, yang dilihat sempat memeriksa Christina sebelum pasukan medik membawa atlet itu ke hospital, berkata kecederaan itu tidak begitu serius, tetapi keputusan tepat hanya boleh diperoleh selepas imbasan X-ray dan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).
"Amat malang kerana beliau terjatuh sebelum bermulanya acara (final)... beliau berasa agak sakit terutama di pinggul dan bahagian bawah belakang. Saya ada memeriksanya, tampak tidak teruk, saya minta mereka (pasukan medik) buat X-ray dan MRI.
"Beliau seorang atlet yang bersemangat tinggi, beliau menangis bukan kerana sakit tetapi tidak dapat beraksi pada final. Saya beritahunya yang beliau masih ada masa yang panjang dalam sukan ini, pergi buat pemeriksaan dan kembali semula dan teruskan perjuangan dalam sukan ini dengan gembira.
"Diharapkan beliau akan sembuh, tetapi pastinya tidak dapat menyertai pertandingan ini, membuatkan kami dan rakyat Malaysia berasa hampa," kata Dr Cheema yang merupakan seorang doktor di Kuala Lumpur.
Sementara itu, jurulatih negara, Johari Fitry Khairrudin yang lebih dikenali sebagai Joe Ipoh, berharap Christina akan sembuh secepat mungkin untuk meneruskan penyertaan dalam sukan ekstrem itu.
"Tadi saya pun tak berapa nampak kerana duduk di tempat penonton, masa dia 'fly' itu, mungkin dia terjatuh. Memang kecewa, tetapi harap-harap dia sembuh cepat," katanya.
Sukan papan selaju atau skateboard buat kali pertama dipertandingkan di Sukan Asia pada kali ini dan bakal diperkenalkan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 29 2018

Christina Lai diusung keluar dari gelanggang ke bilik perubatan di venue untuk pemeriksaan lanjut, sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Twitter @bernamadotcom

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.