JAVIER MASCHERANO berharap Lionel Messi akan beraksi di tahap terbaik dalam Piala Dunia 2018 sambil mengingatkan pasukannya agar menyamai kualiti permainan yang ditampilkan bintang Barcelona itu.
Messi akan mengharungi Piala Dunia keempatnya di Rusia, dengan mengharapkan kejayaan dalam edisi kali ini selepas kecewa dalam final empat tahun lalu.
Mascherano tidak menafikan bahawa amat penting buat bekas rakan sepasukannya di Camp Nou itu untuk mempamerkan aksi terbaik.
Mascherano yang memiliki 143 penampilan bersama Argentina dan memenangi lima kejuaraan LaLiga bersama Barca sebelum menyertai Hebei China Fortune turut memandang serius kekuatan barisan pertahanan skuad kendalian Jorge Sampaoli itu.
"Satu harapan untuk Piala Dunia nanti adalah Messi dapat menampilkan aksi terbaiknya kerana ia mempengaruhi seluruh pasukan," kata Mascherano.
"Jelas sekali persembahannya merangkumi satu pasukan dan saya harap rakan sepasukan yang lain dapat memenuhi tahap yang ditunjukkan Messi.
"Selama bertahun-tahun, Argentina dikatakan memiliki barisan serangan yang ampuh, termasuk bakat muda. Namun, saya menganggap prestasi pasukan kebelakangan ini banyak dipengaruhi oleh jentera pertahanan."
Argentina bakal memulakan aksi Piala Dunia di Russia menentang Iceland pada 16 Jun bagi perlawanan pertama Kumpulan D dan Mascherano menegaskan bahawa kekalahan dalam final dalam edisi empat tahun lalu masih segar dalam ingatan skuad La Albiceleste.
"Ia adalah pengalaman yang unik kerana kami tidak pernah menghadapi situasi seperti pada 2014.
"Piala Dunia adalah medan untuk membuktikan segala kebolehan dan kekurangan menerusi sistem yang dimainkan dan corak permainan tetapi segala-galanya bergantung kepada kesungguhan. Ia membawa kami ke final."
Astro Arena
Sun Jun 10 2018
![Argentina perlu kejar Messi, kata Mascherano Argentina perlu kejar Messi, kata Mascherano](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528620118_JavierMascherano.jpg)
Menurut Mascherano (gambar), Satu harapan untuk Piala Dunia nanti adalah Messi dapat menampilkan aksi terbaiknya. - AP
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709218273_RamtiniwaitiRamlee.jpg)
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
![Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024 Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708781816_MobilWorldCongress.jpg)
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
![Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682431380_FootballAssociation.jpg)
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
![Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633066875_TBSHAKIRAjpg.jpg)
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
![UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631000271_LionelMessi.jpg)
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
![Lionel Messi kini ejen bebas Lionel Messi kini ejen bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625119369_LaLigaSantander.jpg)
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
![Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616565936_ravers.jpg)
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
![Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611031411_mosalah.jpg)
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
![Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600936877_TBPETRONASYAMAHASE.jpg)
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
![Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41514071737_messi.jpg)
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.