Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjangka perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukannya dan Pahang akan berakhir dengan sepakan penalti.
Bagaimanapun kata Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek, beliau bersedia menghadapi kemungkinan itu dengan memantapkan persediaan mental dan fizikal.
"Kita kena bersedia untuk bertarung lebih daripada 90 minit. Saya juga akan memantapkan lagi kemahiran jika perlawanan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Penjaga gol kebangsaan itu berpandangan amat kritikal bagi barisan tengah dan pertahanan Kelantan mengunci pergerakan tiga penyerang Pahang iaitu Mathias Conti, Azamuddin Akil dan R. Gopinathan.
Selain itu beberapa pemain tengah Tok Gajah juga harus diawasi kerana mereka yang mengatur gerak dengan hantaran berbahaya kepada penyerang, katanya.
"Justeru, latihan beberapa hari menjelang perlawanan akhir ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin dan strategi yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak perlu dipatuhi sebaik mungkin," katanya.
Mengulas ketiadaan tonggak utama barisan pertahanan Obinna Nwaneri yang mengumpul dua kad kuning dalam perlawanan sebelum ini, Khairul Fahmi berkata ketiadaan Obinna akan membuatkan pasukan itu lebih bekerja keras.
"Namun saya yakin dengan pengalaman kami beraksi di pentas perlawanan akhir sebelum ini sedikit-sebanyak akan membantu kami mengawal keadaan pada malam itu nanti dan khidmat penyokong juga ditagih untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi," katanya.
Bernama
Thu Oct 31 2013
Berkelakuan ganas, dua suspek ditahan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan berkelakuan ganas susulan rusuhan yang menyasarkan masyarakat islam di beberapa bandar United Kingdom (UK) pada Khamis.
Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Menteri Israel Smotrich
Palestin pada Khamis menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran.
Muhammad Yunus pulang ke Dhaka, bakal angkat sumpah
Muhammad Yunus dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan sementara di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada petang Khamis waktu tempatan.
Palestin pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.
FGV hasilkan minyak isirung sawit mentah pertama patuh EUDR
FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama yang mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
[TERKINI] Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia
Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Amir Hadi
Mahkamah Persekutuan akan melihat menentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, berhubung pertuduhan ke atas Setiausaha Agung MuDa, Amir Hariri Abd Hadi
Dua ditahan, pelbagai dadah bernilai RM3.44 juta dirampas
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah hasil rampasan pelbagai dadah bernilai RM3.44 juta dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Tangkak pada 3 Ogos hingga semalam.
Kelantan optimis capai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini
Sejak Januari hingga 30 Jun lepas, Kelantan dianggarkan menerima seramai 1.5 juta pengunjung.
Keris Tok Chu tarikan Festival Keris dan Warisan Kelantan
Pada pameran itu, 300 keris dipamerkan antaranya keris kusriwa, keris tajong, keris pandai saras, keris malela, keris Bugis, keris beko dan keris Pattani.
'Aku tembak, aku tembak!'
Seorang anggota JKDM menceritakan kembali detik cemas ditembak sekumpulan penyeludup di Pulau Ular di Tumpat pada 19 Jun lalu.
Kelantan sasar 56 pingat pada SUKMA Sarawak
Zamakhshari Muhamad berkata jumlah sasaran itu melibatkan 20 pingat emas, 10 perak dan 26 gangsa.
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.
Hampir 700,000 pelancong lawat Kelantan enam bulan pertama 2024 - Exco
Kerajaan negeri menyasarkan dua juta pengunjung ke Kelantan dalam tempoh setahun.
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.