TOKYO: Tumpuan peminat sukan tanah air sudah pasti tertumpu kepada gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee untuk menghadiahkan pingat pertama kepada Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila kedua-dua penerjun negara itu turun beraksi, hari ini.
Selepas meraih pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong pada edisi Rio 2016, Pandelela, 28, yang akan memulakan kempen di Tokyo dalam acara sama kali ini bersama Leong Mun Yee, 36, diletakkan sandaran untuk menamatkan cabaran di kedudukan podium.
Kedua-dua penerjun berkenaan dijadual beraksi di final acara itu pada pukul 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) di Pusat Akuatik Tokyo.
Mengulas penampilan kedua-dua penerjun negara itu esok, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya berdasarkan pengalaman dimiliki Pandelela dan Mun Yee dalam Sukan Olimpik, mereka mampu memberikan keputusan positif kepada Kontinjen Malaysia.
Sukan Olimpik Tokyo adalah penyertaan kali keempat berturut-turut buat Pandelela sejak kali pertama di Olimpik Beijing 2008, manakala temasya kali ini adalah kelima bagi Mun Yee bermula pada 2000, 2004, 2008 dan 2012.
Malah, katanya pencapaian Pandelela-Mun Yee yang layak ke Olimpik Tokyo selepas memenangi pingat perak acara berkenaan dengan mengumpulkan 312.72 mata pada Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Korea Selatan pada Julai 2019, meletakkan mereka di kedudukan baik untuk meraih pingat pada temasya kali ini.
"Walaupun bakal berdepan cabaran dari penerjun Kanada, Great Britain dan sudah tentunya China, pada saya tidak mustahil daripada acara terjun kita boleh mendapat perkhabaran gembira sebagai permulaan rentak berita baik kepada Kontinjen Malaysia," katanya ketika ditemui di Musashino Forest Sport Plaza pada Isnin.
Sementara itu, pemanah negara Syaqiera Mashayikh dijadual berdepan pemanah Rusia Elena Osipova pada pusingan pertama acara Individu Recurve Wanita di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, hari ini.
Pada Jumaat lepas, atlet kelahiran Segamat, Johor itu memulakan saingan hari pertama acara memanah dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara berkenaan.
Syaqiera, 20, menamatkan saingan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 64 peserta dengan berjaya memperoleh 630 mata sekali gus memperbaiki rekod 619 mata dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas.
Sementara itu, tugas berat menanti beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila turun menentang pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, hari ini untuk mara ke peringkat suku akhir.
Misi wajib menang ke atas wakil Kanada tersebut susulan kekalahan beregu utama lelaki negara itu kepada pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 16-21, 19-21 dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza, malam tadi.
Dalam pada itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Tokyo tanpa sebarang kemenangan selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.
Pada aksi pada Isnin, Peng Soon-Liu Ying tumpas di tangan pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.
Aksi hari ini, yang memasuki hari kelima temasya berkenaan berlangsung, juga melibatkan pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah yang akan memulakan kempen di Tokyo berdepan pemain Hungary Laura Sarosi pada aksi peringkat Kumpulan N.
Sementara, beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang tumpas dua kali sebelum ini akan melengkapkan aksi Kumpulan A menentang pasangan Great Britain Chloe Birch-Lauren Smith.
Atlet pelayaran lelaki negara Khairulnizam Mohd Afendy juga akan meneruskan Perlumbaan 4 dan 5 acara Laser Standard, manakala Nur Shazrin Mohamad Latif akan bersaing bagi Perlumbaan Wanita 5 dan 6 Laser Radial di Enoshima Yacht Harbour, hari ini.
Pada saingan pada Isnin, keadaan angin yang tidak memihak kepada skuad negara menjejaskan rentak pelayaran Khairulnizam dan Nur Shazrin yang bergelut untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam acara masing-masing.
Selepas tiga siri perlumbaan, Khairulnizam berada di kedudukan ke-27 daripada 35 peserta dengan 40 mata, manakala Nur Shazrin di tempat ke-17 daripada 44 peserta dengan 42 mata selepas empat perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Kedua-dua penerjun berkenaan dijadual beraksi di final acara itu pada pukul 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) di Pusat Akuatik Tokyo. - Instagram
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi pembiayaan aktiviti yang ditaja jenama vape, tembakau
Hannah prihatin dengan pelbagai isu membabitkan masalah kesihatan terutama dalam kalangan anak muda, yang berpunca daripada rokok dan vape.
Persiapan Sukma 2024 capai lebih 90 peratus
Walaupun berdepan pelbagai cabaran, CEO Sukma yakin persiapan yang kini berada di peringkat akhir akan berjalan lancar.
Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil
LEBIH 120 atlet pekak dari seluruh negara akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia 2024 kali keempat pada 27 dan 28 April ini di Stadium Mini, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.