KUALA LUMPUR: Syarikat yang menaja persatuan serta acara sukan wajar diberi pemotongan cukai atas sumbangan mereka kepada pembangunan sukan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata oleh itu, beliau akan meminta Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober ini.
"Ini adalah bagi menarik penajaan yang berterusan dan secara tidak langsung ia juga akan mengurangkan kebergantungan dan beban dana kerajaan.
"Malaysia sebagai 'sporting nation' harus menjalin hubungan yang baik agar kita akan dapat merealisasikan matlamat kerajaan supaya negara berada di barisan hadapan dalam bidang sukan. Kecemerlangan sukan negara adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2023 di sini, malam tadi.
Ahmad Zahid turut mencadangkan agar SAM mengiktiraf dan memberi anugerah kepada penulis serta pengulas sukan yang aktif mengulas acara-acara sukan melalui platform media sosial.
Beliau berkata ini kerana kini terdapat ramai individu yang berjaya mengulas acara-acara sukan yang melibatkan atlet negara secara begitu profesional dan bersahaja.
"Saya ambil contoh, ketika Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini , saya telah mengikuti secara langsung ketika itu saya berada di luar negara dan saya amat tertarik dengan ulasan yang dibuat.
"Pada hemat saya, SAM yang akan mengadakan anugerahnya pada tahun hadapan harus juga mengambil kira sumbangan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut hadir berkata beliau berharap pengamal media sukan tempatan meneruskan advokasi dan pendidikan positif kepada rakyat terhadap bidang sukan.
Beliau juga mahu pengamal media sukan untuk lebih kerap menulis dan menerbitkan karya yang boleh meniupkan semangat atlet negara untuk tampil bersemangat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan hadiah kepada Liek Hou (dua, kanan) yang memenangi anugerah Atlet Para Terbaik. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober.

Belanjawan 2024: Potongan cukai langkah efektif perkasa industri sukan negara
Potongan cukai kepada individu atau syarikat yang menyumbang ke arah kemajuan sukan merupakan satu langkah efektif dalam memperkasakan industri itu.

Bajet 2023: Kerajaan cadang galakan cukai sewaan EV
Kerajaan mencadangkan jumlah maksimum amaun sewaan EV yang dibenarkan potongan cukai dihadkan sehingga RM300,000.

Parlimen: Potongan cukai bagi individu sumbang kepada Program Penghijauan Malaysia
Pihak yang menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Hijau Malaysia bagi Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok berpeluang mendapat potongan cukai.

Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2019
RUU diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 8.30 malam tadi, dibahaskan lima hari bermula 11 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir Selasa.