KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sukma 2024 yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, namun beliau yakin persiapan yang kini berada di peringkat akhir akan berjalan lancar.
Beliau berkata faktor cuaca tidak menentu misalnya menjadi antara cabaran buat pihak kontraktor untuk menyiapkan fasiliti-fasiliti sukan yang akan digunakan sempena Sukma.
"Cabaran lain termasuk faktor logistik kerana Sukma melibatkan beberapa bahagian di seluruh Sarawak, tetapi dengan siapnya Lebuhraya Pan Borneo, ia telah memudahkan kami dari segi pergerakan.
"Selain itu, perkampungan sukan, penyediaan makanan melalui vendor, aspek keselamatan serta sukarelawan semua sudah kita sediakan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Delegasi Bernama diketuai CEO Nur-ul Afida Kamaludin. Turut hadir Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Editor Eksekutif Elmi Rizal Elias dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.
Pada 14 Mei lepas, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebanyak 24 kemudahan sukan dikenal pasti untuk dinaik taraf dan tiga kemudahan baharu sedang dalam pembinaan menjelang penganjuran SUKMA 2024.
Keseluruhan kerja-kerja naik taraf dan pembinaan yang menelan belanja sekitar RM200 juta itu dijangka siap bulan ini.
Sukma 2024 melibatkan sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Temasya kali ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.
SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, CEO Sukma yakin persiapan yang kini berada di peringkat akhir akan berjalan lancar.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.

Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.