KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak semua pihak termasuk seteru politiknya Steven Sim, berhenti daripada menuding jari dan bersama-sama berganding bahu memperkasakan sukan tanah air.
Ahmad Faizal berkata berpolitik dalam sukan tidak akan memajukan sukan negara.
"Beliau (Steven) dan saya, kedua-dua kami kena buat kerja yang lebih baik untuk pastikan sukan lebih baik, bukannya berpolitik dalam sukan.
"Kalau kita berpolitik dalam sukan, seperti ada juga persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang berpolitik lebih daripada parti politik, tidak akan maju sukan kita," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Anugerah kepada Pasukan Golf Sukan SEA di Kelab Golf Diraja Selangor di sini, hari ini.
Ahmad Faizal berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran Facebook rasmi Steven yang mengulas kenyataannya mengenai prestasi dan pencapaian kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
Dalam hantaran pada 22 Mei lepas, Steven mendakwa Ahmad Faizal menyalahkan atlet atas pencapaian keseluruhan kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu.
Sehubungan itu, Ahmad Faizal berkata kesilapan Steven mentafsir kenyataannya adalah mungkin disebabkan, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu tidak memahami konteks yang hendak dijelaskan berhubung perkara tersebut.
"Saya katakan tidak ada siapa pun rakyat Malaysia gembira untuk berada dalam kedudukan keenam keseluruhan, jika anda tanya atlet kita dapat gangsa, adakah mereka gembira dengan dapat gangsa? Tentunya tidak 100 peratus gembira, mereka telah lakukan yang baik.
"Saya katakan juga kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan, semua kita perlu tingkatkan usaha untuk mendapat kedudukan keseluruhan lebih baik, tetapi dari segi sasaran kita telah capai sasaran...misi kita tercapai," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata pencapaian keseluruhan 39 pingat emas serta tempat keenam di Hanoi mesti diperbaiki, dengan kerja keras supaya Malaysia mampu meraih pencapaian lebih gemilang di masa depan.
Di Hanoi, kontinjen negara berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus menduduki tempat keenam di belakang juara keseluruhan Vietnam (205-125-116), Thailand (92-103-137), Indonesia (69-91-81), Filipina (52-70-105) dan Singapura (47-46-73).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Ahmad Faizal berkata berpolitik dalam sukan tidak akan memajukan sukan negara. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.