Malaysia mempamerkan aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, hari ini.
Keputusan berkenaan menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata.
Keadaan hujan sebelum perlawanan nyata tidak menganggu rentak kedua-dua pasukan dan mereka saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil, Kurbanov Charymurat dari Turkmenistan meniupkan wisel permainan.
Malaysia seharusnya berada di hadapan seawal minit kelima, namun jaringan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran rakan sepasukan, dibatalkan oleh Kurbanov selepas penyerang Johor Darul Ta'zim itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Skuad negara kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-34 selepas pemain tengah, Gary Steven Robbar diperintahkan keluar padang oleh Kurbanov kerana mengutip kad kuning kedua.
Kekurangan seorang pemain bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan Myanmar bagi mencari gol pendahuluan dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya separuh masa perlawanan.
Bersambung babak kedua, Myanmar dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Malaysia namun dipatahkan oleh barisan pertahanan negara diketuai pemain veteran, Muhammad Shukor Adan.
Penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira negara selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan Myanmar yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong setia mereka yang menyaksikan perlawanan itu.
Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pendahuluan namun keputusan seri 0-0 kekal sehingga berakhirnya perlawanan itu.
Tuan rumah bersama, Singapura yang merupakan juara bertahan, bakal memulakan kempen mereka berdepan juara tiga kali, Thailand di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, lewat hari ini.
Pada aksi kedua kumpulan Rabu ini, Malaysia akan menentang Thailand di venue yang sama manakala Myanmar menghadapi tugas getir berdepan Singapura pada aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub.
Bernama
Sun Nov 23 2014
Malaysia mempamerkan aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
AFF B-23: Pastikan ketumpulan gerakan penyudah diatasi - Maloney
Maloney masih percaya anak buahnya mempunyai kelebihan untuk mengatasi Laos selepas berjaya menunjukkan permainan secara keseluruhan yang baik walaupun mereka tewas.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Piala AFF Suzuki: Dua pemain Malaysia positif COVID-19
Bagaimanapun, perlawanan pertama Kumpulan B negara berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok tidak terganggu.
Singapura tuan rumah Piala AFF Suzuki 2020
Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun hadapan.
AFF umum tarikh baharu Piala Suzuki 2020
Piala AFF Suzuki 2020 yang merupakan antara kejohanan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan.
Malaysia Airlines kini rakan penerbangan rasmi FAM
Malaysia Airlines menjadi rakan kongsi FAM untuk tempoh dua tahun selepas MoU ditandatangani kedua-dua belah pihak.
Jaringan awal Vietnam 'musnahkan' Malaysia - Cheng Hoe
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui jaringan awal oleh pasukan Vietnam seakan 'memusnahkan' segala perancangan yang direncanakan beliau dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki.
Terima kasih Malaysia! Terima kasih TMJ! - FAM
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
#WeBelangTogether: 'Bukan rezeki Malaysia tetapi kami tetap kagum'
Walaupun Piala AFF Suzuki tidak menjadi milik Malaysia, namun rakyat Malaysia tetap kagum dengan ngauman hebat yang ditunjukkan Harimau Malaya, hari ini.