Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui jaringan awal oleh pasukan Vietnam seakan 'memusnahkan' segala perancangan yang direncanakan beliau dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dengan Vietnam, Sabtu malam.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh,Hanoi Malaysia menggigit jari setelah terlepas peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu selepas tunduk 0-1 kepada pasukan tuan rumah, sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang 2-3 menerusi kiraan agregat.
Katanya, tiga kali melakukan kesilapan dalam tiga perlawanan bertemu Vietnam pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.
BACA: Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
BACA: Terima kasih Malaysia! Terima kasih TMJ! - FAM
BACA: 'Bukan rezeki Malaysia tetapi kami tetap kagum'
"Memang saya sedar, tiga kali bertemu Vietnam, kita dibolosi dengan jaringan awal. Apabila terjadi pada malam ini, ia sedikit-sebanyak menggangu keyakinan pemain untuk bermain.
"Pada perlawanan sebelum ini kita berjaya melakukan 'come-back', tapi pada kali ini pemain tidak dapat menjaringkan gol dan beberapa peluang yang ada pun tidak dapat disempurnakan," katanya pada sidang media selepas perlawanan
Jaringan tunggal Vietnam malam ini dijaringkan oleh Nguyen Anh Duc pada minit keenam yang melakukan rembatan di dalam kotak penalti dan gagal ditepis oleh penjaga gol skuad negara, Farizal Marlias.
Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 manakala Malaysia pula meraih kejuaraan pada edisi 2010.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan seri 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 15 2018
Kata Cheng Ho, tiga kali melakukan kesilapan dalam tiga perlawanan bertemu Vietnam pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.