Walaupun Piala AFF Suzuki 2018 tidak menjadi milik Malaysia, namun rakyat Malaysia tetap kagum dengan ngauman hebat yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya, hari ini.

Menurut mereka, apa yang lebih penting adalah usaha yang ditunjukkan oleh skuad negara dalam misi memenangi Piala AFF.

Bagaimanapun, netizen berharap agar pasukan Malaysia akan memperbaiki aksi “finishing” dan “passing” kerana mereka mempunyai potensi untuk menjadi satu pasukan yang kuat.

“Tidak apa..mungkin bukan rezeki kita untuk menjulang piala. Kami tetap berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya!

"Berundur sekali bukan erti mengalah..tetapi menyusun strategi,” tweet netizen, Akmal Joe.

BACA: Akuilah, Vietnam lebih hebat

BACA: Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir

“Pasukan Harimau Malaya telah melakukan yang terbaik. Kami semua bangga dengan anda. Sekarang mereka perlu berusaha untuk masa depan. Tahniah,” tweet Firdaus.


“Terima kasih sebab melayakkan Harimau Malaya ke final, tidak ada rezeki julang piala tahun ni.. Tak apa, kami masih kagum,” tweet Putri.


"It's okay boys. We still proud of you. Congrats for such tremendous achievement. Come back stronger at 2020 edition," tweet Hanief.


Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kerana berjaya membawa skuad negara ke perlawanan pusingan akhir Piala AFF Suzuki.

"Terima kasih Tan Cheng Hoe bawa Harimau Malaya ke final. Terima kasih," tweet Miejah Adzfar.