KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menang bergaya menundukkan Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chai-Lin .
Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo itu yang merupakan pilihan kelima kejohanan, melaksanakan strategi mereka dengan tenang untuk mengalahkan pasangan ranking ketiga dunia dari Taiwan 21-13, 21-15, dalam masa 31 minit, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, hari ini.
Ini adalah kemenangan sulung beregu nombor tujuh dunia itu ke atas gandingan Taiwan tersebut, selepas tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Aaron-Wooi Yik dijadualkan bertemu pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, yang mengetepikan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 19-21, 21-14, 21-19, pada pertembungan merebut slot ke pusingan separuh akhir esok.
Aaron berkata kemenangan itu menaikkan lagi semangat mereka bagi menghadapi perlawanan seterusnya dalam memburu gelaran juara Kejohanan Jelajah Dunia BWF pertama mereka.
"Cara kami bermain memberi banyak tekanan kepada mereka, kami tidak memberi mata mudah dan bulu tangkis hari ini agak perlahan, kami pernah bermain dengan bulu tangkis yang perlahan di (Piala) Sudirman dan Piala Thomas baru-baru ini, jadi sudah biasa," katanya kepada Media BWF.
Bagi Wooi Yik, pengalaman pada separuh akhir Terbuka Perancis ketika tewas pada Ko Sung Hyun-Shin Baekcheol dari Korea Selatan, membantu mereka kekal fokus sehingga mata kemenangan.
"Kami fokus pada perlawanan dan tidak memikirkan untuk menang apabila mendahului permainan, ini kami belajar daripada pengalaman. Sebenarnya selepas beberapa kejohanan seperti Sudirman, Piala Thomas (Terbuka Denmark, Terbuka Perancis) agak meletihkan dan fizikal kami tidak pada tahap terbaik. Mujur kami langkau Terbuka Hylo untuk melakukan penyesuaian," kata beliau.
Sementara itu, beregu profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga melangkah ke separuh akhir setelah mengalahkan pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-13, 18-21, 21-18 dalam perlawanan yang mendebarkan.
Bagaimanapun mereka berhadapan tugas berat menentang beregu nombor dua dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, esok.
Selain itu, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengakhiri saingan di kejohanan itu setelah ditundukkan pasangan nombor dua dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 17-21, 9-21 dalam perlawanan selama 34 minit.
Beregu wanita negara turut terkandas apabila pasangan Pearly Tan-M Thinaah kalah 14-21, 15-21 kepada beregu nombor sembilan dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.

Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.

Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.