KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan berhubung Datuk Zuraida Kamaruddin yang didakwa akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setakat ini Ahli Parlimen Ampang itu masih lagi anggota parti yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
"Kita belum lagi dapat membuat apa-apa keputusan tentang kedudukan beliau walaupun banyak yang menyatakan beliau sudah menyertai parti lain. Setakat ini saya tidak dapat lagi (tahu) keadaan sebenar.
“Ringkasnya beliau masih lagi ahli MPT dan kalau ada apa-apa perkembangan mungkin kita nanti akan buat penilaian bagaimana status beliau kerana bukan sahaja kedudukanya dalam MPT malah sebagai menteri," katanya dalam sidang media hari ini.
Status Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi hangat diperkatakan selepas terdapat laporan beliau terbabit menubuhkan PBM dan bakal meninggalkan Bersatu.
Malah Zuraida juga dilaporkan sudah lama tidak menghadiri mesyuarat penting Bersatu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin mengakui turut dimaklumkan mengenai dakwaan membabitkan Zuraida walaupun tiada kenyataan dan laporan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, media melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu sedang menyiasat dakwaan 'tindakan meragukan' Zuraida yang dikatakan terbabit dengan PBM.
Ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata ia susulan isu itu dibangkitkan ketika Mesyuarat MPT parti pada 25 Januari lalu, yang antara lain menyentuh kemungkinan Zuraida perlu dipecat kerana pembabitannya dengan PBM.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Feb 07 2022
![Zuraida masih ahli Bersatu, belum ada tindakan terhadapnya - Muhyiddin Zuraida masih ahli Bersatu, belum ada tindakan terhadapnya - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644226095_TBMuhyiddin.jpg)
Muhyiddin berkata setakat ini Ahli Parlimen Ampang itu masih lagi anggota parti yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). - Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720866847_MuhyiddinYassin.jpg)
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
![123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta 123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720858838_tbBersatu.jpg)
123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.
![Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719586122_MuhyiddinYassin.jpg)
Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
![Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
![Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.
![PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719178662_WanAhmadFayhsal.jpg)
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.
![BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
![Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718962706_MohamedAzmin.jpg)
Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Speaker, Lau Weng San pada Jumaat.
![Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710625482_TBAbuHussin.jpg)
Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat oleh Bersatu.
![Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702386449_TBTawfikYaakub.jpg)
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.