KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kini menggalas tanggungjawab besar untuk mewujudkan rasa muhibah dan perpaduan dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN).
Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dan Penganalisis Politik UiTM, Profesor Datuk Ismail Sualman berkata, tanggungjawab itu perlu diberi perhatian khusus dan bukan dianggap mudah pada waktu ketegangan politik negara akhir-akhir ini.
Keperluan mewujudkan semangar muhibah itu, kata Ismail, amat penting kerana perkara yang perlu dielakkan ialah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak, masih lagi wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan parti komponen.
"Solidariti itu perlu diwujudkan, inilah cabaran paling getir Zambry. Apatah lagi beliau tentu menjadi antara perancang utama dalam PRU akan datang yang dianggap sengit.
"Analisis saya, pada PRU akan datang menunjukkan tidak ada mana-mana parti yang dominan untuk menjuarai mana-mana pilihanraya tanpa ada kerjasama di antara parti-parti sedia ada.
"Maka ini juga senario yang perlu dilihat dalam parti politik sekarang ini dan ini juga satu cabaran kepada bagaimana ingin merakyatkan ahli dalam BN dan menggunakan logo BN sebagai relevan pada PRU15 ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu
BACA: PRU15: Manifesto Barisan Nasional tidak akan seperti 'Janji Manismu' Pakatan Harapan - Ahmad Zahid
Pada Selasa, Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk memilih bekas Menteri Besar Perak itu sebagai Setiausaha Agung yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan mesyuarat secara maya yang dihadiri kesemua empat parti komponen - UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Dalam pada itu, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, pelantikan Zambry proses menyiapkan strategi gabungan itu menghadapi PRU15 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Ujarnya, ia sekali gus cabaran kepada Zambry sendiri untuk memastikan gabungan itu sentiasa relevan di mata rakyat.
"Pertama sudah pasti menyiapkan, merangka strategi hala tuju bagi BN dalam menghadapi PRU15 dan kita tahu bahawa PRU15 akan berlaku bila-bila masa.
"Ini cabaran utama Zambry sebagai Setiausaha Agung BN, apabila berhadapan dan bercakap mengenai PRU, maka sudah pasti BN harus mempunyai hala tuju jelas yang boleh diterima semua parti komponen dan perlu memastikan perjuangan BN perlu sentiasa relevan dengan aspirasi rakyat.
"BN sedang menghadapi persaingan dari Perikatan Nasional (PN) dan pembangkang," katanya.
Dalam pada itu, jelas Achmad Dzariean, UMNO sebagai tonggak BN kini perlu memastikan gabungan itu mempunyai hala tuju jelas pada masa akan datang termasuk dalam isu penjajaran baharu serta dinamika politik mereka.
Mengulas isu sama, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Kartini Aboo Talib berkata, Zambry memikul tanggungjawab besar kerana BN tidak sekuat dahulu.
"BN perlu fikir strategi perkukuh Melayu dan menarik sokongan bukan Melayu.
"Bagi bukan Melayu di kawasan bandar yang kini menyokong DAP, BN harus memikirkan strategi pantas terutama kerjasama ekonomi bersama bukan Melayu," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Jun 09 2021
Menurut penganalisis, pelantikan Zambry proses menyiapkan strategi gabungan itu menghadapi PRU15 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja. - Gambar hiasan BERNAMA
Pemandu bas parah, kemalangan lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah berhampiran persimpangan ke pusat simpanan kenderaan berat di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ boleh pacu Johor sebagai enjin pertumbuhan ekonomi selatan - Penyelidikan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
MCMC akan teliti samada LinkedIn penuhi syarat keperluan lesen - Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil setakat Selasa, WeChat, TikTok dan Telegram telah diberikan diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C))."Saya telah minta MCMC meneliti, samada LinkedIn mempunyai jumlah pengguna lebih lapan juta di Malaysia dan sekiranya LinkedIn ditakrifkan sebagai media sosial maka kita akan berhubung dengan pihak LinkedIn," jelas Fahmi. #AWANInews
"Dokumen yang dimaksudkan tidak disorok" - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata beliau ambik maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi.
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
"Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari peguam negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut"
#AWANInews
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti siding media mingguan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Di Kementerian Komunikasi, Putrajaya
92 juta pekerjaan terjejas pada 2030 - WEF
Kira-kira 170 peranan baharu dijangka diwujudkan dan 92 juta pekerjaan akan terjejas menjelang 2030 selain menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 78 juta pekerjaan baharu.
JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.
[TERKINI] Pasukan penyiasat mula analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air
Pasukan penyiasat bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat malang Jeju Air.
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.
Himpunan Solidariti untuk Najib tiada kaitan dengan parti lain - MKT UMNO
Katanya, perhimpunan tersebut satu bentuk sokongan dan setia kawan ahli terhadap Najib yang juga bekas presiden parti kerana jasa besar beliau selama ini.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.