Wanita UMNO sudah bersedia untuk turun habis-habisan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata sayap wanita berasa yakin untuk menghadapi pilihan raya kerana mereka telah mendekati rakyat di peringkat akar umbi secara berterusan dan menjadi "mata dan telinga" kerajaan.
"Pada bila-bila masa pun pilihan raya diadakan, kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Selama ini, kita telah melakukan semua yang mampu untuk rakyat," kata Shahrizat selepas menyampaikan bantuan kesihatan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada pesakit dialisis, S. Subamah, 70.
Shahrizat juga mengulangi apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebab UMNO terus relevan ialah kerana parti itu tidak pernah menyimpang daripada landasan perjuangannya untuk membela rakyat.
"Kita sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat seperti apa yang ditegaskan oleh presiden kita (Najib) dalam ucapan beliau semasa sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71.
Pada Khamis, beliau semasa berucap di hadapan kira-kira 150,000 penyokong UMNO berkata parti itu bukan sahaja berjuang untuk anggotanya tetapi untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Sementara itu, timbalan ketua bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata anggota UMNO di peringkat akar umbi sedang bekerja keras untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14.
"Kita 100 peratus yakin bahawa kita boleh mengambil balik Selangor jika momentum ini dikekalkan dan sentiasa mendahulukan rakyat," kata beliau.
Terdahulu, S. Subamah , menerima bantuan daripada YKN bagi rawatan dialisisnya yang melibatkan kos RM31,000 setahun. Beliau juga menerima bantuan kerusi roda untuk memudahkannya bergerak kerana tidak dapat berjalan selepas diserang angin ahmar.
YKN mempunyai enam pusat dialisis di seluruh negara dan RM3.37 juta dibelanjakan setiap tahun oleh pertubuhan itu untuk membantu mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
SHAHRIZAT: "Kita 100 peratus yakin bahawa kita boleh mengambil balik Selangor jika momentum ini dikekalkan dan sentiasa mendahulukan rakyat." - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Navin Ramgoolam dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius
Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ubat selesema punca PM Jepun dilihat terlelap di Parlimen
Ubat selesema menjadi punca Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dilihat tertidur seketika semasa sesi Parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan jurucakap utama kerajaan.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
PM Ireland umum tarikh pilihan raya umum
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris mengumumkan pada Jumaat bahawa Ireland akan mengadakan pilihan raya umum pada 29 Nov.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.