KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang telah dilantik sebagai Presiden USNO baharu, berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis Pemilihan USNO Sesi 2021/2024, pada Jumaat.
"Kita sudah menghantar permohonan kita, jadi kita masih menunggu. Sama ada kita diterima atau tidak, itu terpulang kepada pemimpin.
"Tetapi kita mengharapkan bahawa tidak adalah kawan-kawan di sebelah sana itu akan membantah.
"Baru-baru ini saya mendapat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, sebagai perutus khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA).
"BIMP-EAGA ini setahu saya, badan yang diasas oleh kerajaan. Jadi takkan pemimpin dari pembangkang pula dilantik oleh kerajaan.
"Jadi, kalau itulah hakikat yang sebenar, kita menganggap kita ini adalah pro-kerajaan," katanya.
Ditanya mengenai jumlah kerusi yang ingin dipertandingkan dalam pilihan raya akan datang, beliau menyatakan bahawa pendirian USNO tidak semestinya bertanding.
"Sebelum saya memimpin parti USNO, saya pernah memimpin parti-parti kecil dahulu. Setiap parti apabila diwujudkan, ianya mempunyai aspirasi untuk bertanding.
"Tetapi bagi kita di USNO sekarang ini, kita tahu saiz kita. Saiz USNO sekarang ini, kalau saya, saya boleh takrifkan sebagai baju bersaiz kecil.
"Bermakna kalau pun kita mempunyai aspirasi untuk bertanding. Kita tidak akan bertanding dengan banyak-banyak," katanya lagi.
Turut dilantik dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden USNO, Matbee @ Matbeh Hj. Ismail, sebagai dan Naib Presiden USNO, Datuk Hamzah Sundang.
"Sekarang ini USNO mempunyai barisan kempimpinan baru, semoga barisan baru ini akan mempunyai juga idea-idea baru.
"Idea yang boleh menarik minat ataupun perhatian orang ramai pada pilihan-pilihan raya yang akan datang kerana piihan raya ini bukan sekali, ada masa-masa tertentu kita adakan pilihan raya.
"Kita adakan sidang media pada hari ini untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa parti ini masih lagi bernafas dan boleh berjalan menuju kehadapan, sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila," tambahya.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Feb 19 2021

PANDIKAR: Sama ada kita diterima atau tidak, itu terpulang kepada pemimpin. - Gambar fail

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.

Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar
Kata Pandikar Hajiji sepatutnya terus diberi ruang mentadbir negeri itu sehingga tamat penggal berdasarkan kredibilitinya selain perwatakannya yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat.

Masidi nafi 15 ADUN Bersatu Sabah sertai USNO
Masidi berkata penyebaran berita palsu tersebut adalah satu tindakan tidak bijak dan matang dalam usaha memecahbelahkan kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN).

USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.

USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.

USNO adakan AGM untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb depan
Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinan baharu pada 28 Febuari depan.

Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit
DUN Bengkoka menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.

PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000
Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000.

PRN Sabah: 'Drama' USNO, Presiden mengaku tandatangan dua calon di Bengkoka
Kata Presiden USNO, Ibrahim Lingga, itu adalah kesilapan teknikal dan tiada sebab untuk panjangkan isu berkenaan.

Wang deposit USNO didakwa hilang sebenarnya tidak wujud - Polis Sabah
Siasatan awal mendapati calon-calon parti itu hanya dijanjikan dengan wang deposit untuk bertanding dan menerusi 'cakap-cakap' daripada anggota parti itu sendiri.

Calon PRU14 dakwa duit disonglap
Ketua USNO Bahagian Tenom, Norlia Yuntong berkata, akibat tindakan suspek, seramai 84 calon tidak layak bertanding PRU14 pada 9 Mei ini.