Jaminan itu terkandung dalam manifesto USNO yang dilancarkan Ketua Umumnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sini hari ini.
Antara janji USNO dalam manifesto itu ialah:
- hadiah kelahiran RM300 bagi setiap anak Sabah
- pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000
- bantuan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada warga emas
- bantuan khas RM500 kepada orang miskin/yatim/piatu/ibu tunggal
- wang segera RM500 kepada keluarga terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan
- setiap pelajar sekolah rendah dan menengah menerima RM100
- RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi
- khairat kematian RM1,000
- sumbangan RM500 kepada setiap keluarga kurang berkemampuan menjelang perayaan besar
- sebuah kenderaan jenazah di setiap daerah
- bantuan susu segar, pakaian seragam dan kelengkapan sekolah seperti buku, pen, pensil, kasut dan stokin kepada setiap pelajar
- bil elektrik kurang daripada RM50 dan bil air kurang daripada RM30 dikecualikan bayaran
- bantuan RM30-RM150 bagi kos pengangkutan awam pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU
- bantuan RM500 kepada petani, nelayan dan penternak yang terjejas pada musim tengkujuh/banjir, kemarau dan bencana
- bantuan segera RM5,000-RM10,000 kepada ketua keluarga yang menjadi mangsa kemusnahan rumah akibat bencana alam, kebakaran atau kecelakaan
- menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu
- dana tahunan RM10 juta untuk industri kecil di peringkat kampung
- dana RM100 juta untuk memajukan golongan masyarakat terlibat sektor pertanian, perikanan dan penternakan
- dana aktiviti belia RM10,000-RM50,000 di setiap kampung
- dana RM10 juta kepada lepasan institusi pengajian tinggi bagi membayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- dana RM30 juta untuk membantu belia memulakan perniagaan di pusat sehenti
- dana tahunan aktiviti wanita RM10,000-RM25,000 di setiap kampung
-- BERNAMA