UMNO perlu sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi ancaman politik pembangkang yang kebelakangan ini memutarbelitkan fakta bagi memesong pemikiran rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembangkang menerusi media sosial semakin aggresif melancarkan pelbagai bentuk propaganda termasuk fitnah dan adu domba bagi memburukkan kepimpinan kerajaan dan UMNO.
"Pembangkang mensasarkan pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan tidak berasas seperti memutarbelitkan beberapa isu yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat.
"Pembangkang akan menggunakan apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com miliknya.
Syed Ali turut mengingatkan pemimpin UMNO di setiap peringkat supaya tidak menganggap parti sentiasa kebal dan mereka boleh 'tidur lena'.
"Rakan-rakan komponen BN juga seharusnya mempunyai iltizam untuk menambah baik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Bukan setakat UMNO, rakan-rakan komponen BN juga hendaklah bekerja keras memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat selain semua pihak harus bertanggungjawab menjamin kemenangan yang mutlak," tegasnya.
Tegasnya, semua ahli UMNO diminta tidak beranggapan parti khususnya BN sentiasa kebal sehingga ada yang berpeluk tubuh.
"Sebaliknya kita perlu melihat kepada realiti semasa betapa asakan pembangkang semakin aggresif untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang.
"Kita kena bekerja keras mempertahankan kekuatan UMNO dan dalam masa yang sama teguh di belakang kepimpinan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," tegasnya.
Tambahnya, UMNO kini berdepan dengan ancaman politik bentuk baru yang banyak dipengaruhi oleh sentimen generasi muda.
"Pemikiran generasi muda yang semakin kreatif dan agresif dilihat satu bentuk aliran baru dalam senario politik masa kini.
"UMNO juga seharusnya mensasarkan pendekatan terhadap golongan muda supaya mereka lebih memahami dan menghayati makna sebenar perjuangan yang diperkasakan UMNO.
"Generasi muda perlu sentiasa disemaikan dengan benih-benih patriotik dan erti perjuangan UMNO mengangkat martabat serta maruah orang Melayu dan umat Islam di negara ini," tegasnya.
Ujarnya Syed Ali lagi, sudah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin UMNO untuk menjelaskan kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi berhubung beberapa isu yang menyentuh kehidupan rakyat.
"Akar umbi perlu diberikan penjelasan sejelas-jelasnya agar ruang kekeliruan itu tidak dipergunakan pembangkang untuk memburukkan UMNO dan BN.
"Pemimpin UMNO hendaklah turun padang bertemu rakyat dan usaha sedemikian sepatutnya tidak dilakukan secara bermusim.
"Sikap sambil lewa atau mengambil mudah terhadap keluhan rakyat juga akan memberi kesan negatif kepada parti," katanya.
Katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, ahli-ahli UMNO perlu kembali merapatkan saf perpaduan dan kekal teguh di belakang kepimpinan parti seperti yang termaktub dalam acuan perjuangan dan perlembangan parti.
Ketika mengulas perbalahan yang semakin ketara membabitkan PAS dan AMANAH, Syed Ali menjelaskan masalah itu membabitkan rumah tangga pembangkang.
"Bukan sahaja PAS dengan AMANAH, malah turut membabitkan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang. Ini membuktikan pembangkang tidak mempunyai hala tuju dalam perjuangan membela nasib rakyat.
"Pembangkang hanya memikirkan bagaimana untuk mengaut keuntungan politik dan meraih kuasa walaupun dengan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini," jelasnya.
Astro Awani
Mon Jan 11 2016
SYED ALI: Sikap sambil lewa atau mengambil mudah terhadap keluhan rakyat juga akan memberi kesan negatif kepada parti. - Gambar fail
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali
Realiti rakyat hari ini berdepan dengan kecelaruan politik, ekonomi, sosial dan keyakinan akibat persekitaran semasa yang tidak menentu.
Bursa Malaysia umum lantikan pengarah berkepentingan awam baharu
Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Datin Azlina Mahmad sebagai Pengarah Berkepentingan Awam ke Lembaga Pengarahnya bermula 16 Mac.
Bayaran zakat tidak pernah membebankan - Syed Ali
Bayaran zakat tidak membebankan kepada umat Islam kerana hanya 2.5 peratus sahaja daripada jumlah harta atau pendapatan yang perlu dizakatkan.
PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini
PPZ-MAIWP juga menyasarkan peningkatan pembayar zakat kepada sekurang-kurangnya 500,000 tahun ini, berbanding 300,000 pada tahun lalu.
Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali
Nyawa anggota pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih berharga daripada penjenayah, kata Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali
Buku tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, 'Justice in the wilderness' disifatkan sebuah nukilan 'balas dendam' dan tidak beretika yang mencemarkan institusi kehakiman di negara ini.
Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali
Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.
Bersaralah Tun Mahathir, PH tidak lagi perlukanmu - Syed Ali
Pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras masih mahu jawatan Perdana Menteri kali ketiga amat memalukan.
Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar - Syed Ali
Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.