Kedudukan UMNO Kelantan semakin mantap dan telah siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian menurut timbalan pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau berkata perpaduan dalam kalangan pemimpin parti di peringkat negeri bertambah mantap terutama selepas mendapat amanat daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berakhir pada Sabtu.
"Hakikatnya UMNO Kelantan yang terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah siap siaga untuk menghadapi PRU14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi 2017 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang di sini semalam.
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata UMNO Kelantan akan mengadakan ceramah besar-besaran di Lembah Klang untuk memberi penerangan kepada pengundi luar bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dilontarkan pembangkang serta kebaikan Bajet 2018 kepada rakyat.
Beliau berkata Ketua UMNO Bahagian Gua, Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup turun padang dalam usaha memberi penerangan di peringkat akar umbi.
Tengku Razaleigh, yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan itu, akan berganding dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam misi itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Ahmad Jazlan berkata UMNO Kelantan akan mengadakan ceramah besar-besaran di Lembah Klang untuk memberi penerangan kepada pengundi luar bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dilontarkan. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.