PUTRAJAYA: UMNO masih belum membuat ketetapan berhubung tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan gesaan supaya PRU15 diadakan segera hanyalah pandangan individu, kata Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) dan Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, hanya kepimpinan tertinggi parti yang layak dan mempunyai autoriti untuk bercakap soal PRU.
"Biarlah presiden, timbalan presiden atau T5 (lima pemimpin tertinggi UMNO), itulah orang-orang yang berautoriti untuk bercakap soal bila (PRU).
"Setakat yang saya tahu dan saya rasa saya tidak salah, parti belum lagi memutuskan apa-apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyelarnya kerana menolak gesaan supaya PRU15 diadakan segera.
Annuar berkata, kerajaan hari ini dibentuk daripada gabungan pelbagai parti dan setiap parti berhak menyatakan pandangan mereka bilakah masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.
"Bila nak bubar kerajaan, selain UMNO, parti-parti lain juga berhak untuk nyata pandangan sebab kalau setakat UMNO saja bubar atau Barisan Nasional (BN) saja (bubar) atau kita tak teruskan (dan) kita keluar dengan 42 (Ahli Parlimen), kalau 80 (Ahli Parlimen) yang lain masuk, kerajaan tetap ada.
"Parti kata T5 akan bermesyuarat dengan perdana menteri, itupun belum buat apa-apa keputusan. Soal tajuk pilihan raya tidak berbangkit, lebih baik tumpu kerja masing-masing," katanya.
Mengenai desakan sesetengah pihak agar PRU segera diadakan kerana terdapat usaha mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar menafikan perkara itu.
"Ini adalah penggal kelima Parlimen ke-14. Penggal kelima memang penggal pilihan raya. Jadi kalau orang bercakap tentang pilihan raya, memang inilah masanya.
"Pada saya tak kisah siapa-siapa boleh beri pendapat, tak ada betul atau salah. Saya sudah beri pendapat saya. Kalau BN, parti saya sudah sedia, segerakanlah pilihan raya," katanya.
Annuar berkata, kerajaan pimpinan Ismail Sabri adalah stabil dan komited untuk meneruskan segala kerja yang telah diputuskan dan diasaskan dalam pentadbirannya.
"Ada orang kata kerajaan ini lemah, saya kata kerajaan ini kuat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, satu kerajaan yang didukung bersama anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.
"Saya dah jadi menteri banyak penggal, belum ada satu kerajaan yang tertulis hitam putih, pembangkang dan kerajaan sanggup menyokong perdana menteri sehingga perdana menteri mempunyai sokongan lebih dua pertiga," katanya.
Annuar dalam pada itu berkata, Parlimen Ketereh telah membuat persiapan kerana PRU15 akan berlaku dalam tempoh 10 bulan.
"Daripada bercakap bila (PRU), lebih baik kita buat persediaan, itu lebih penting," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
UMNO masih belum membuat ketetapan berhubung tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan gesaan supaya PRU15 diadakan segera hanyalah pandangan individu, kata Tan Sri Annuar Musa. - Gambar fail BERNAMA
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.