Program 'UMNO Bantu Rakyat 2.0' akan memberi tumpuan ke kumpulan sasar dan memastikan keluarga di lebih 60 kawasan Parlimen yang memerlukan bantuan terus terbela.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia sekali gus memperlihatkan kesungguhan dalam memperkasa imej parti yang sejak 71 tahun lalu mengutamakan kebajikan ahli dan rakyat sesuai dengan tanggungjawab sebagai pembela rakyat.
"UMNO Bantu Rakyat 2.0 berbeza sedikit dari sebelum ini kerana kita akan lebih mendasar ke kumpulan sasar.
"Kita kekalkan identiti dengan program tanpa protokol, kita juga tidak mahu acara-acara yang akan lebih menyusahkan tetapi kita adakan program yang akan lebih mendekatkan rakyat dengan pemimpin ke akar umbi.
"Untuk kali ini, kita mahu pemimpin tempatan sendiri yang turun padang, kita di peringkat pusat yang bawa turun program ini dengan menampilkan pemimpin setempat untuk memberikan perkhidmatan dan bersama rakyat,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
BACA: Program UMNO Bantu Rakyat dilancar, jelajah 71 lokasi
BACA: UMNO bantu rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama
Katanya, soal pembelaan rakyat seharusnya menjadi keutamaan mana-mana pemimpin khususnya di peringkat akar umbi kerana ia merupakan perjuangan utama parti.
“Soal membantu rakyat ini bukan perkara baru, baik di peringkat kerajaan, begitu juga melalui parti.
"Kita telah laksanakan sejak dahulu lagi dalam pelbagai aspek dan dalam apa keadaan sekalipun memberikan perkhidmatan terbaik kerana rakyat memang mahukan pembelaan.
“Sebab itu, falsafah kita adalah untuk terus menunjukkan imej parti yang mengutamakan kebajikan, membela rakyat dan tidak berpolitik sepanjang masa," jelasnya.
Tambahnya, pemimpin di peringkat akar umbi faham selain tahu siapa yang perlu dibantu.
"Mereka yang tahu kumpulan sasarnya dan kita percaya, ia merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan kumpulan sasar yang harus dibantu mendapat pembelaan sewajarnya.
"Kita akan pergi ke 1,000 buah rumah di setiap lokasi, kita bukan mahu mereka yang datang tetapi kita termasuk pemimpin setempat yang akan berkunjung rumah mereka.
"Kita akan libatkan sukarelawan dari GiatMARA untuk sama-sama dalam Briged Bikum dengan membantu membaiki rumah-rumah rosak yang akan kita lawati, selain pasukan perubatan Bikum sendiri sebagaimana sebelum ini untuk membuat pemeriksaan perubatan percuma kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Ujar Shamsul lagi, program UMNO Bantu Rakyat 2.0 merupakan kesinambungan program UMNO Bantu Rakyat Fasa 1 yang dilancarkan pada 19 Mei lalu dan telah berjaya membantu kira-kira 300,000 golongan sasar yang memerlukan.
"Jelajah berkonvoi ini menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan dibantu Briged Bantuan Bencana Bikum, pasukan perubatan, pemimpin setempat, pengamal media dan sayap parti yang lain.
"Kita semua sedar usaha membantu rakyat ini tiada penamatnya dan sebagai sebuah parti yang komited, UMNO tidak akan berhenti dalam usaha ini," jelasnya.
Katanya lagi, dalam situasi yang semakin mencabar kini, sudah pasti rakyat sentiasa mengharapkan pembelaan, sokongan dan bantuan.
"Maka, kita perlu sentiasa memperkukuh dan mempergiatkan usaha ini," tegasnya.
Astro Awani
Wed Sep 20 2017

SHAMSUL: Soal membantu rakyat ini bukan perkara baru, baik di peringkat kerajaan, begitu juga melalui parti. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.

Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.

Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.