KUALA LUMPUR: UMNO berazam untuk memberikan rakyat Malaysia sebuah kerajaan yang diyakini, sentiasa mempertahankan nilai-nilai demokrasi dan hak kemanusiaan serta cakna kepada realiti semasa.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan sempena ulang tahun UMNO ke-77 berkata keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan merupakan peluang parti untuk menggalas tanggungjawab dalam mentadbir negara dengan sebaiknya serta membuktikan kebolehan memimpin harapan rakyat.
"Sebab itu, adalah sangat penting untuk kita menjelmakan kembali kekuatan parti UMNO. UMNO perlu kuat dan mantap, mempunyai tapak yang luas lagi inklusif.
"Bersempena ulang tahun UMNO yang ke-77, UMNO akan menunjukkan jalan teladan dalam menjayakan politik baru yang lebih matang dan bermakna," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat meliputi usaha meningkatkan taraf ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar dan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara paling kompetitif dan pesat membangun.
"Mari kita gilap semangat dan idealisme perjuangan parti yang bersejarah dan membina UMNO yang lebih progresif dan mendepani dengan idea-idea segar bagi berdepan politik toksik pembangkang yang direncahkan dengan perkauman yang sempit dan sentimen tunggangan agama melampau tanpa memikirkan tanggungjawab untuk membina negara bangsa," katanya.
Mengenai ulang tahun UMNO ke-77, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ia adalah tanda kematangan parti dalam menempuh suka duka, pahit manis sekali gus pulih, bangkit dan bergerak ke hadapan.
"Selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-77 dengan muhasabah diri, kesyukuran dan keinsafan untuk membina masa depan UMNO lebih gemilang.
"Di depan api, di belakang duri, UMNO tidak pernah gentar mengharungi cabaran dan masa depan. Sebaliknya inilah membentuk kematangan baru dan dinamika UMNO masa kini!," katanya.
Sambutan ulang tahun UMNO ke-77 yang diadakan malam ini dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat selain amanat ulang tahun oleh Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Ahmad Zahid berkata keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan merupakan peluang parti untuk menggalas tanggungjawab dalam mentadbir negara dengan sebaiknya serta membuktikan kebolehan memimpin harapan rakyat. - Foto FB Ahmad Zahid Hamidi
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.