KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu mungkin bertitik tolak daripada keperluan untuk melakukan perubahan.
Felo Kursi Institusi Raja Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis berkata selepas kekalahan teruk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang lalu, kemungkinan terdapatnya desakan tertentu bagi menukar percaturan.
"Desas-desus nama Ab Rauf disebut jadi ketua menteri sudah lama kedengaran selepas pilihan raya negeri, tetapi pemilihan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini tepat, mengikut keperluan waktu itu.
"Tetapi khabar angin berterusan, Ab Rauf akan ganti jadi Ketua Menteru, walaupun dinafikan berkali-kali. Kronologi ini mungkin atas desakan tertentu, percaturan serta keperluan perubahan parti yang mengalami kemerosotan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana BN gagal memperoleh sebarang kerusi di enam Parlimen Melaka.
"Ia menjadi titik tolak kepada perubahan, apatah lagi selepas berlaku perubahan kepimpinan Umno, sudah tentu ini dianggap tindakan yang akan memperkukuhkan sokongan kepada pemerintahan pusat selepas UMNO melakukan pembersihan," katanya dalam Buletin AWANI khas, pada Jumaat.
Mujibu juga menjelaskan, tugas paling penting Ab Rauf selepas ini adalah untuk memperjelaskan hala tuju dan perancangan bagi memberi keyakinan kepada rakyat.
"Sebagai ketua menteri, beliau perlu jelaskan hala tuju dan perancangan kepada negeri bagi memastikan matlamatnya jelas dan rakyat dapat gambaran tentang corak kepimpinan, adakah berbeza dengan terdahulu atau pun yang bertukar hanya ketua menteri tetapi perancangan masih sama.
"Ini penting bagi menanam keyakinan dan beri perancangan jelas dan difahami. Kita juga akan lihat siapa yang akan mengisi jawatan exco dan apakah akan berlaku Kerajaan Perpaduan di Melaka.
"Kalau kerjasama (kerajaan perpaduan) diteruskan di peringkat negeri, sudah tentu majoriti dan kekukuhan kerajaan bertambah kuat," tambahnya.
Ab Rauf yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 3.33 petang tadi.
Ia susulan peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri pada Rabu.
Madiha Abdullah
Fri Mar 31 2023

Desas-desus nama Ab Rauf sebagai ketua menteri sudah lama kedengaran, tetapi pemilihan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini tepat, mengikut keperluan waktu itu. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.

Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.