Tiga PAS Kawasan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini dan tidak ada satu pun menamakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal sebagai presiden PAS.
PAS Kawasan Kota Bharu telah menamakan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk jawatan presiden parti manakala PAS Kawasan Kota Tinggi mencalonkan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa sebagai calon untuk bertanding jawatan presiden parti.
Manakala PAS kawasan Parit Sulong menyerahkan kepada Jawatankuasa yang dipilih menerusi AGM yang diadakan untuk menentukan sama ada menamakan calon untuk bertanding jawatan Presiden parti atau sebaliknya.
Difahamkan PAS Kawasan Parit Sulong cenderung untuk menamakan calon lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden parti.
PAS Kawasan Parit Sulong juga akan memilih calon yang tidak akan menarik diri selepas namanya dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.
"Selain tiga kawasan yang telah selesai, ada beberapa kawasan di Sabah yang akan mengadakan AGM mereka juga dijangka tidak mencalonkan Abdul Hadi.
"Ini merupakan satu signal kepada Abdul Hadi supaya tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon lain untuk memegang jawatan Presiden PAS.
"Ini bukan tidak hormat ulama seperti yang digembar-gemburkan tetapi mereka (PAS Kawasan) memikirkan perlu ada tokoh lain mengetuai parti," kata sumber tersebut kepada Astro Awani.
PAS Kawasan Kota Bharu merupakan yang pertama mengadakan AGM dan menamakan calon lain selain Abdul Hadi untuk jawatan presiden.
Namun, calon yang dinamakan, Tuan Ibrahim menolak pencalonan tersebut dan menyatakan beliau hanya bersedia untuk mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Manakala Mursyidul Am PAS yang baharu dilantik, Datuk Dr Haron Din dilaporkan sebagai berkata belum masanya Presiden PAS ditukar.
Irwan Muhammad Zain
Sun Mar 15 2015
Tiga PAS Kawasan selesai bermesyuarat, nama Hadi belum dicalonkan
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Pas mahu hubungan lebih mantap dengan UMNO
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah demi kebaikan rakyat dan negara.
Pas 'terikat' dengan PKR selagi Majlis Ulama tidak muktamad keputusan
Pas nampaknya masih 'terikat' dengan PKR walaupun muktamar ke-63 parti itu, yang berakhir semalam.
Muhammad Khalil, Ketua Pemuda Pas yang baharu
Anak sulung Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.
Abdul Hadi, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu tahun ini.
Tengku Ibrahim isytihar keluar dari PAS
Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah isytihar keluar dari PAS.
Majlis Syura PAS muktamadkan usul putus hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri
Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis
Adakah PAS mampu didengari pendiriannya atau hanya bersifat menuruti keputusan rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat?
Usul putus hubungan dengan DAP, Hadi serah kepada perwakilan
Presiden PAS serahkan kepada perwakilan dalam muktamar untuk membuat keputusan berhubung usul memutuskan kerjasama dengan DAP.
PAS tidak pernah campur tangan urusan parti lain - Hadi
Biarpun diserang siang dan malam, PAS tidak pernah mencaturkan kedudukan pemimpin parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemuda PAS yakin dapat wakil sulung dalam DUN Sarawak
Pemuda PAS yakin calonnya mampu menjadi wakil sulung dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas pilihanraya negeri itu nanti.