KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan meraih sebanyak 27,941 undi.

Beliau mengatasi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang meraih 7,332 undi.

Keputusan berdasarkan kesemua 121 saluran yang telah dikira itu menyaksikan Syed Hussien memperoleh majoriti besar sebanyak 20,609 undi.


KEPUTUSAN PRK MAHKOTA