Ringkasan AI
- Keputusan PRK DUN Mahkota dijangka diketahui seawal 9 malam ini kerana lokasi pusat mengundi yang berdekatan dan proses pengundian yang berjalan lancar.
- SPR menjangkakan lebih 60 peratus peratusan keluar mengundi kali ini, berbanding 57 peratus pada pilihan raya sebelum ini.
- Di Kluang, logistik yang mudah dan pusat mengundi yang berhampiran dengan bandar membantu mempercepatkan proses pengiraan undi.
Beliau berkata jangkaan itu, berdasarkan lokasi pusat mengundi yang berdekatan dan proses pengundian yang berjalan lancar, membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
"Di Kluang, logistiknya agak mudah dan dekat dengan semua, selain tempat mengundi juga berhampiran dengan bandar, jadi kita menjangkakan 9 malam," katanya.
Ramlan berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Ditanya jangkaan peratusan keluar mengundi kali ini, Ramlan berkata SPR menjangkakan lebih 60 peratus, berbanding pilihan raya sebelum ini, iaitu 57 peratus.