KUALA LUMPUR: Senarai barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat tidak perlu dipertikaikan kewajarannya atau dilihat dari kaca mata politik seperti sebelumnya.
Menurut Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin, penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan ekonomi.
“Saya rasa, apa yang sangat penting kita lihat ialah, bagaimana tujuan serampang dua mata, iaitu ekonomi dan kesihatan, boleh dipenuhi oleh kabinet ini.
“Jadi, saya nampak perubahan-perubahan itu berlaku adalah dalam konteks untuk mencapai penyelesaian terhadap dua masalah itu, yang telah dan sedang berjalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya pada Jumaat.
Bagaimanapun, katanya, percaturan politik tidak dapat dielakkan dalam penubuhan setiap kerajaan baharu memandangkan ia adalah corak politik yang diamalkan sejak sekian lama.
“Dari satu sudut, kita akan dapat melihat sisi kebaikan daripada situasi ini kerana penilaian segera akan terus dilakukan oleh rakyat, sejauh mana kemampuan tawaran menyelesaikan krisis negara ini.
“Seperti yang kita lihat, apa yang berlaku pada tiga bulan lalu dan apa yang berlaku sekarang. Itu kelebihan keadaan ini. Kerana, kita akan menilai apa yang beliau (Ismail Sabri) mampu capai,” jelasnya.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan pembentukan kabinet membabitkan pelantikan seramai 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, dan 38 timbalan menteri.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Aug 28 2021
Shamsul Amri Baharuddin berkata, percaturan politik tidak dapat dielakkan dalam penubuhan setiap kerajaan baharu memandangkan ia adalah amalan sejak sekian lama.- Gambar fail
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar
Usaha pemerkasaan masyarakat luar bandar akan dijadikan salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua
Pakatan Harapan sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang
Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menjalankan tugas dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.
Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri
Penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan ekonomi.
Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis
Anggota Kabinet yang diumumkan pada Jumaat boleh dianggap tidak efektif kerana dilihat tidak mampu menggerakkan naratif politik yang berbeza.
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pengumuman barisan Kabinet baharu memberikan lebih keyakinan dalam kalangan pelabur.
Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis
Pengumuman barisan Kabinet diharapkan dapat meneruskan PPN dan memberikan penambahbaikan khususnya dalam isu berkepentingan masyarakat secara mikro.
Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib
Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.
"Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh" - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.