Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) kini memiliki pasukan 'tentera maya' yang berkemampuan menyerang dan menangkis segala tohmahan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umur ke-14 (PRU14)
Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pasukan tentera maya berkenaan akan dilengkapkan dengan maklumat dan data tepat bagi membolehkannya menjawab segala fitnah, pembohongan dan tohmahan terhadap kerajaan serta parti.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, antara punca kekalahan calon Barisan Nasional (BN) dari Upko di Penampang pada pilihan raya lalu berpunca daripada ketidak mampuan jentera parti itu menyerang dan membalas serangan pembangkang menerusi media maya.
"Kalau dahulu, apabila diserang kita terduduk sahaja, pelbagai tohmahan, pembohongan dan fitnah dibuat dan kita tidak mampu membalasnya. Kita tidak mempunyai tentera maya seperti dimiliki pembangkang.
"Kali ini kita ada dan kita sudah bekerja sekian lama. Kita ada Biro Multimedia dan Komunikasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Makan Malam Ulang Tahun Upko Ke-23 di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, malam Rabu.
Mengenai kombinasi parti komponen BN di Penampang untuk menghadapi PRU14 akan datang, Madius berkata, kombinasi parti komponen di kawasan berkenaan kini pada tahap terbaik.
Katanya Upko Penampang dan bahagian parti itu di seluruh negara akan bekerja sebagai satu pasukan dengan parti komponen BN lain bagi memastikan kemenangan memihak kepada BN.
Mengenai calon yang bakal diketengahkan parti itu pada PRU14, beliau berkata, Upko sudah ada calon dan mereka adalah calon terbaik.
Mengenai 13 kerusi tambahan untuk Dewan Undangan Negeri di Sabah, Madius berkata, Upko hanya akan meminta kerusi yang parti itu yakin ada kekuatan untuk memenangkan BN di kawasan berkenaan.
"Buat apa kita bertanding di satu-satu kerusi tetapi lepas itu kalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2017
"Kali ini kita ada dan kita sudah bekerja sekian lama. Kita ada Biro Multimedia dan Komunikasi."
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program Jelajah Bongkar, platform rakyat nilai pemimpin negeri dipilih
Program berbentuk turun padang itu bertujuan memberi penerangan berkaitan fakta serta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
Dewan Ulama Pas fokus usaha perkukuh kesatuan ummah
Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-63 memfokus kepada usaha memperkukuh kesatuan ummah dengan menggariskan tiga teras utama selaras tema kali ini iaitu 'Kesatuan Asas Kekuatan.'
Pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau
Zainol berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
Puteri Sarah zahir rasa syukur kes saman bekas kakak ipar Ira Kazar selesai
Puteri Sarah zahir rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar dapat diselesaikan dengan cara baik.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Media barat banyak sebar maklumat palsu, fitnah isu kemanusiaan di Palestin - Ramanan
Orang ramai perlu berhati-hati dalam menerima dan menapis sebarang maklumat berkaitan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual
Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.